Rahsia Rasa Hati
    <description>Rahsia Rasa Hati</description>
Salamsss...
      <description>Assalamualaikum....
Erm... lamanya tak jenguk blog saya yang satu ni... anyway, pada semua pembaca RRH mahupun yang pernah menjengah ke blog ni saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi membaca cerita yang saya rasakan entah apa-apa ni... terlalu banyak kesalahan dan kelemahan jalan cerita. Saya bukannya penulis yang baik, ini adalah percubaan pertama... idea spontan! sekadar suka-suka juga sekadar mengisi masa-masa yang terluang jika tidak mempunyai sebarang kerja... jadi, bahasa dan tatabahasa juga tunggang-langgang! titik, koma juga kadangkala entah kemana!
Mungkin, saya akan... (more)</description>
Rahsia Rasa Hati-End
::Rahsia Rasa Hati::
Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana
Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia
Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?
-ElleaNur05-</description>
RRH_45
      <description>Seawal pagi aku sudah terjaga dari tidur. Setelah agak lama, baru malam tadi aku dapat tidur nyenyak, aman dan tenteram. Berada di dalam pelukan Irfan semula seakan memberikan semangat baru, kesepian yang telah lama bertandang dengan sendirinya berlalu pergi, meninggalkan aku di dalam sinar mentari pagi yang mula megah memercikkan warnanya. Selesai solat subuh, Irfan kembali menyambung tidurnya manakala aku mula berkemas barang-barang milik kami bertiga. Hari ini aku akan pulang semula ke KL setelah beberapa hari berada di tanah rata ini. Percutian kali ini sangat bermakna buat diriku.
... (more)</description>
RRH_44
      <description>Sedang ElleaNur sibuk mengemas pakaian ke dalam beg, Irfan dan Danial tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Sudah berbaikkah mereka berdua? Ah! Nampaknya Irfan begitu senang memujuk Danial berbanding dengan dirinya. Kedua-dua beranak itu sudah siap dengan pakaian tidur mereka sementara ElleaNur masih lagi dengan pakaian petang tadi. Kedatangan mereka mengundang rasa pelik di hati ElleaNur. Sebenarnya, dia masih terasa hati dengan sikap Irfan terhadapnya semenjak semalam. Seharian dia seakan mogok dengan lelaki itu. Langsung tidak di sentuhnya nasi yang di beli oleh Irfan siang tadi. Lelaki itu... (more)</description>
RRH_43
      <description>Irfan sengaja bertindak mendiamkan diri, sengaja membuatkan ElleaNur dihujani rasa bersalah. Sungguh! Bukan dia merajuk tapi dia terasa hati dengan ElleaNur semenjak semalam. Dia bengang, geram dengan kebisuan wanita itu. Sudah puas dia memujuk rayu untuk sebuah kemaafan namun, ElleaNur seakan tidak mengendahkannya. Wanita itu tekun mendengar dia berbicara tetapi langsung tiada tindak balas dari bibirnya. Hanya sinar sepasang mata bundar milik ElleaNur yang menggambarkan apa yang ada di hatinya saat itu. Irfan tahu, hati wanita itu mungkin sudah kembali sejuk, perasaan marahnya mungkin sudah... (more)</description>
RRH_42
      <description>Hampir  seharian di tanah rata ini, menikmati panorama di ladang bunga dan strawberry menjadikan aku letih yang teramat. Irfan dan Danial masih kelihatan segar, mereka meneruskan untuk menyusuri ladang teh yang agak berbukit. Aku hanya duduk memerhatikan mereka berdua dari lereng bukit. Tidak larat untuk turut serta mendaki ladang yang terbentang luas itu. Walaupun penat tetapi badanku terasa sedikit segar kerana udara yang dingin di kawasan itu. Sesekali Danial melambai tangan ke arahku dari puncak ladang. Anak kecil itu sungguh lasak, sedikit pun tidak merasa penat malah lebih bertenaga... (more)</description>
RRH_41
      <description>“Hai sexy!” 
Sapaan yang tiba-tiba dari Irfan mengejutkan aku yang sedang leka mengeringkan rambut di depan cermin meja solek. Aku menjeling sekilas kearah lelaki bergaya santai yang sedang berdiri di muka pintu bilik. Tanpa memperdulikan Irfan aku megibas-ngibaskan rambut yang sedikit panjang itu. Aku yang bersiap lambat atau Irfan yang datang terlalu awal. Melihatkan jam di dinding melalui cermin aku tahu yang aku tidak terlewat tetapi lelaki itu yang tidak menepati masanya. Danial masih lagi enak di tilam empuknya. Sedangkan aku baru sahaja selesai mandi. Entah apa yang dikejarkan lelaki... (more)</description>
RRH_40
      <description>Rutin harianku sama dengan kebanyakkan suri rumah lain yang tidak bekerja. Masaku kini lebih banyak di habiskan menguruskan Danial dan juga urusan rumahtangga cuma, yang membezakannya hanyalah tanpa kehadiran seorang suami di sisi, walau pada hakikatnya, hampir saban hari selepas waktu pejabat Irfan pasti akan berada di rumahku. Hampir tengah malam baru lelaki itu akan pulang. Tapi, itu seminggu yang lalu. Kini, sudah lebih dari seminggu lelaki itu tidak menampakkan wajahnya. Merajukkah  Irfan? Kecewakah Irfan kerana aku masih lagi belum mengungkapkan kata maaf untuk dirinya? Tersinggungkah... (more)</description>
RRH_39
      <description>“Irfan, mama nak kamu pujuk, bawa balik ElleaNur dan Danial secepat mungkin ke rumah kamu. Tak baik tinggal berasingan lama-lama!” Pn. Maryam membebel panjang.
“Tapi ma...”
“Mama tak peduli, dalam minggu ni juga ElleaNur dan Danial mesti balik ke rumah kamu di Subang!”
“Ok, tapi kalau...”
“Tak ada kalau-kalau!” 
“La... mama ni. Irfan cakap, kalau Irfan dapat bawa balik ElleaNur, mama nak buat apa?” Sengaja Irfan ingin bergurau dengan mamanya itu.
“Ok, mama buat kenduri kesyukuran boleh?” Balas Pn. Maryam setelah agak lama mendiamkan diri, mencari idea barangkali.
“Good Idea. Tapi... (more)</description>
RRH_38
      <description>Hari ini, seawal pagi hujung minggu begini, Irfan telah pun bertandang ke apartmentku. Irfan, lelaki itu langsung tidak memberikan aku peluang untuk bersendirian. Boleh dikatakan semenjak kepulangan aku dan Danial di rumah ini, hampir setiap hari pasti aku akan memandang wajah itu. Sudah acapkali aku memberitahunya yang aku inginkan waktu hujung mingguku tanpa kehadiran dan gangguan darinya. Au hanya ingin mengisi waktu yang terluang bersama-sama Danial. Cukuplah aku mengadap wajahnya itu setiap kali dia menjemput dan menghantar Danial ke taska. Tetapi, bercakap dengan Irfan kini bagaikan... (more)</description>