|
Sedang ElleaNur sibuk mengemas pakaian ke dalam beg, Irfan dan Danial tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Sudah berbaikkah mereka berdua? Ah! Nampaknya Irfan begitu senang memujuk Danial berbanding dengan dirinya. Kedua-dua beranak itu sudah siap dengan pakaian tidur mereka sementara ElleaNur masih lagi dengan pakaian petang tadi. Kedatangan mereka mengundang rasa pelik di hati ElleaNur. Sebenarnya, dia masih terasa hati dengan sikap Irfan terhadapnya semenjak semalam. Seharian dia seakan mogok dengan lelaki itu. Langsung tidak di sentuhnya nasi yang di beli oleh Irfan siang tadi. Lelaki itu pun tidak berusaha untuk memujuknya, sudah putus harap barangkali. Tanpa mempedulikan Irfan yang duduk di birai katil memerhatikannya, ElleaNur segera ke bilik air untuk mandi buat sekian kalinya. Entah mengapa semenjak kehamilan kedua ini, setiap masa dia terasa badannya panas walaupun keadaan cuaca di sini agak dingin. “ElleaNur, kenapa mandi malam-malam ni, tak elokkan” Komen Irfan sebaik ElleaNur muncul di muka pintu. “Panas” Jawab ElleaNur sepatah. Irfan hanya mengangguk kecil. Matanya masih tertancap ke arah ElleaNur yang sedang mengenakan pakaian tidurnya. Isterinya itu kelihatan bertambah berisi dan berseri. Dia tahu ElleaNur terasa hati dengannya hari ini. Irfan sengaja melayan rajuk hatinya dari semalam lagi, dia geram dengan ElleaNur yang memandang sepi rayuan kemaafan darinya. Namun, kini hatinya telah kembali reda. Irfan sedar dia perlu mengalah demi kebahagiaan mereka bertiga. “Danial, tak tidur lagi? Dah lewat ni kan” Tanyaku pada Danial yang masih menonton TV di bilikku. Anak kecil itu menggelang laju, terus menyarap di atas katil menghadap ke arah peti TV. “Irfan, you kenapa kat sini?” Mataku beralih kepada Irfan yang duduk di hujung katil. “Danial suruh abang temankan dia tengok TV” “Kenapa tak tengok kat luar?” Irfan hanya menjungkit bahu menjawab pertanyaanku. Matanya terarah kepada Danial. “Danial, pergi tidurlah sayang. Esok pagi kita dah nak balikkan” Aku cuba untuk memujuk supaya Danial segera tidur. Dia bimbang, esok pagi Danial pasti akan meragam kalau di kejut bangun awal pagi. “Danial nak tidur sini, dengan mama dengan papa” Jawab Danial sedikit kuat. “Danial tidur dengan papalah sayang, ok?” Pujukku perlahan. Sekilas dia menjeling ke arah Irfan yang masih lagi merenung ke arahnya. “Tak mahu!” “Danial…..” “Tak ma..hu!” “Ok, ok. Sekarang cepat tidur” Akhirnya aku terpaksa juga mengalah. Aku mendengus perlahan memandang ke arah Irfan yang mendiamkan diri. Lelaki itu bukannya ingin membantunya memujuk Danial malah dengan selamba turut mengambil tempat di sebelah Danial. Bagaikan ada kesepakatan di antara lelaki berdua itu. Lambat-lambat aku mengambil tempat di atas katil. Danial yang berbaring di tengah-tengah di antara aku dan Irfan masih terkebil-kebil memandang ke arah siling, sepertinya sedang memikirkan sesuatu. “Danial, tidurlah sayang” bisikku perlahan di telinga Danial. Pipi mulusnya aku usap perlahan. “Mama, Danial dan papakan boy, mamakan girl” Tiba-tiba saja Danial bercakap, mengejutkan aku yang baru saja hendak melelapkan mata. Irfan di sebelahnya kelihatannya sudah berlayar jauh. “Ermm kenapa?” aku bertanya malas. Ada-ada saja celoteh Danial malam-malam begini. “Sekarang mama tidur tengah, biar Danial tidur tepi. Malam ni biar Danial dan papa yang jaga mama, ok” Terang Danial laju seraya melangkah badanku mengambil tempat di bahagian tepi katil. “Danial!” Aku menegur keras. Geram dengan kerenah Danial malam ini. Tangan anak kecil itu dengan pantas menolak-nolak badan aku supaya beralih ke tengah katil. Dalam terpaksa aku mengalih posisi baringan ke tengah. Sekilas aku menjeling Irfan di sebelah yang kelihatan begitu nyenyak tidur, letih barangkali. “Good night mama” Bisik Danial seketika kemudian dengan sebuah ciuman kecil di pipiku. Aku tersenyum kecil sebelum kembali melelapkan mata. Badanku mengiring mengadap ke arah Danial. Rasa mengantukku hilang sama sekali di sebabkan Danial. Sudahnya aku hanya terkebil-kebil memerhati wajah Danial yang telah pun lena. Danial, cerdik dan nakal, penuh dengan helah yang kadangkala menjerat diriku. Namun, segalanya sanggup aku lakukan demi kebahagiaan anak kecil ini. “Good night sayang” Seketika terdengar bisikan kecil di cuping telingaku di sertai dengan pelukan yang erat di pinggang. Aku mengeluh, rupa-rupanya lelaki itu masih belum tidur. “Irfan, you tak tidur lagi ya? You yang mengajar Danial ya, hmm?” tanyaku perlahan. Kini aku pasti siapa dalang di sebalik kerenah Danial malam ini. “Danial is a clever boy, He’s intelligent you know” Bisik Irfan perlahan. Danial mengeluarkan pelbagai syarat dan menuntut beberapa janji darinya. Dan, kerana janji Danial jugalah yang membawa dia kemari, berada di sisi ElleaNur saat ini. Irfan tersenyum gelihati apabila teringatkan permintaan dan kerenah Danial sewaktu dia berusaha untuk memujuk kembali hati anak kecil itu sebentar tadi. “Bapak borek, anak rintik!” Getusku perlahan. Irfan ketawa kecil seraya membalikkan tubuhku menghadapnya. “Fan…you..” Kataku terhenti tatkala Irfan dengan pantas memeluk tubuhku erat, seakan tidak mahu di lepaskan. “You’, tak ada ‘abang’ untuk abang lagi ke sayang? Hmm?” Bisik Irfan menggoda sekali. Aku segera melonggarkan pelukan Irfan. Sungguh! Nafasku terasa sedikit sesak dengan keadaan itu. Irfan mengeluh berat dan merenung wajahku dengan rupa sedikit kesal. Seketika kami hanya berpandangan, hanya mata yang berbicara membisikkan kata hati, cuba menyampaikan rasa di hati masing-masing saat itu. Irfan mengelus rambut dan pipiku perlahan, menghadiahkan sebuah ciuman di situ. Aku hanya membisu, tidak terasa untuk membantah tindakkan Irfan itu. Tiba-tiba hatiku tersentuh, sedih mengenangkan hubungan kami yang retak dan dingin selama ini. Aku merapatkan diri ke dada Irfan, menyembunyikan wajah di dada bidang itu lalu menghamburkan tangisan kecil di situ. Sungguh! Kesedihan hatiku saat itu tidak dapat di bendung lagi. Irfan kembali merangkul tubuhku lebih erat, cuba menenangkan hati dan perasaanku barangkali. Agak lama aku mencurahkan airmata, tidak pasti sama ada airmata ini tanda sebuah kegembiraan atau sebaliknya. Malam ini, biarlah aku menangis sepuas-puasnya, meredakan hati dan perasaan yang telah lama sengsara dengan perpisahan yang menyiksakan ini. “ElleaNur, adakah airmata ini tanda kemaafan untuk abang?” Aku hanya mengerdip mata perlahan menjawab pertanyaan Irfan itu. “Terima kasih sayang. Leganya hati abang saat ini” Ungkap Irfan dengan sebuah ciuman kudus di dahiku. Aku masih lagi menangis teresak-esak bagaikan anak kecil di dalam pelukan Irfan. “ElleaNur sayang, janganlah menangis lagi” “ElleaNur, pandang abang sayang” Arah Irfan separuh berbisik. Aku mendongak perlahan mencari anak mata Irfan. Jemari Irfan mengusap perlahan pipiku yang basah dek air mata. “Kenapa mesti menangis sayang? Macam budak kecik tahu tak. Sikit-sikit nangis, mengalahkan Danial pulak, menangis saja kerjanya” Rungut Irfan dengan suara mengejek. “Ellea sedih tahu tak? Abang yang buat Ellea menangis begini!” Balasku geram dalam sendu yang tertahan-tahan, tanganku laju menumbuk dada bidang Irfan beberapa kali. “Ini kali yang terakhir, selepas ini takkan ada kemaafan untuk abang lagi. Ingat tu!” “Heiii ElleaNur sayang, sakitlah dada abang! Nak bunuh abang ya? Tak sayangkan abang lagi, hmm?” Irfan menjerit kecil seraya mencapai kedua-dua tanganku yang masih lagi rancak menumbuk dadanya lalu di genggam erat. “ElleaNur…Abang berjanji tak akan buat sayang menangis lagi, itu janji abang untuk sayang. I miss you and I love you so much” bisik Irfan perlahan, membawa jemariku ke bibirnya dan di cium lama. Aku hanya diam memerhatikan wajah Irfan yang kelihatan berseri di dalam kesamaran cahaya lampu. “Ellea pun rindukan abang, rindu sangat” Luahku penuh perasaan. Sungguh! Hatiku terasa puas sebaik mengungkapkan sebaris ayat itu. Jemariku mengusap perlahan wajah lelaki yang aku rindukan sekian lama. Seketika, kami hilang di bawa khayalan masing-masing. “Abang….” Bisikku perlahan setelah agak lama membisu. “Ermm, manjanya. Ada apa sayang?” Balas Irfan. “Ellea laparlah, nak makan. Abang masakkan something boleh?” “Tu lah, tadi abang belikan nasi goreng tak mahu makan, jual mahal” “Abang….bukan Ellea yang lapar tau, ni yang kat dalam ni, tahu tak?” Jawabku sambil menggosok perlahan kandunganku yang berusia hampir 5 bulan itu. Irfan mencebik bibir. “Alasanlah tu, dia yang lapar cakap baby Dania” Jawab Irfan mencubit manja pipiku. “Abang…boleh ke tidak ni?” “Ok, ok, jom kita bangun, nanti merajuk pulak. Mari kita tengok apa yang ada kat dapur tu” Irfan bingkas bangun. “Abang nak dukung” Pintaku manja, sengaja mengusik Irfan yang saat itu berdiri di tepi katil menunggu aku bangun. “Mengada! Hari tu abang cempung meronta-ronta tak mahu. Awak tu berat tahu tak?” Komen Irfan selamba. Namun, Irfan membongkokkan juga badannya untuk mencempungku tapi segera aku tolak. Aku ketawa gelihati lalu bangun mengekorinya ke dapur. “Bagaimana, boleh?” Irfan memandangku menjungkit keningnya. Hanya ada sebantal ropi gardenia di dapur saat itu. “Ermmm” Aku menjawab lemah. Irfan membancuh segelas susu anmum yang aku bawa dari rumah. Dia hanya memerhatikan aku makan, sesekali turut menyuapkan roti yang di cicah dengan air susu ke mulutku. Hampir dinihari baru kami berdua masuk kembali ke kamar tidur. |
| Leave a Comment: |