Tuesday, April 26, 2005
RRH_42

Hampir  seharian di tanah rata ini, menikmati panorama di ladang bunga dan strawberry menjadikan aku letih yang teramat. Irfan dan Danial masih kelihatan segar, mereka meneruskan untuk menyusuri ladang teh yang agak berbukit. Aku hanya duduk memerhatikan mereka berdua dari lereng bukit. Tidak larat untuk turut serta mendaki ladang yang terbentang luas itu. Walaupun penat tetapi badanku terasa sedikit segar kerana udara yang dingin di kawasan itu. Sesekali Danial melambai tangan ke arahku dari puncak ladang. Anak kecil itu sungguh lasak, sedikit pun tidak merasa penat malah lebih bertenaga dari Irfan sendiri. Kami kelihatan bagaikan sebuah keluarga yang bahagia, aman harmoni walau pada hakikatnya tidak begitu. Keceriaan terpancar di wajah Irfan dan Danial. Malah aku sendiri turut merasai tempias kegembiraan mereka berdua. Hati dan fikiranku terasa lega dan lapang dari segala masalah yang selama ini melingkari kehidupan aku dan Irfan. Menjelang senja, kami bertiga berjalan pulang menuju ke apartment. Danial yang sudah mula letih minta di dukung oleh papanya, anak kecil itu menangis tidak mahu berjalan. Mungkin tenaganya sudah kehabisan sewaktu menyusuri ladang teh bersama Irfan sebentar tadi.


"Papa....please dukung Danial papa..."
"Aiks, takkan dah penat kot hero papa ni. Tadi tu bukan main ligat lagi dia eh"
"Danial penat ni, please pa...." Danial masih lagi merengek.  Aku hanya diam memerhati sambil melangkah perlahan beriringan dengan mereka berdua.
"Papa pun penat jugak" Irfan pantas memberi alasan. Sebentar lagi aku pasti Danial akan menangis jika Irfan masih lagi berterusan menyakatnya.
"Mama? Mama boleh dukung Danial?" Bibir kecil Danial pantas mencari alternatif lain. Aku menggeleng kecil.
"Mama lagi penat sayang. Tengok mama nak kena bawak baby ni lagi. Mama tak mintak papa dukungkan pun" Aku membalas perlahan. Mukaku merona merah di saat menyedari keterlanjuran kata-kataku itu.
"Oh, jadi mama nak suruh papa dukungkan jugak ke? Papa tak kisah" Irfan pantas mencelah. Sekilas matanya menjelingku dengan senyuman kecil yang sengaja di buat-buat. Aku memaparkan riak selamba sambil meneruskan langkah.
"Fan, Danial mana?" Tanyaku tiba-tiba bila mendapati Danial tiada bersama-sama kami. Segera aku dan Irfan menoleh serentak ke belakang, serentak itu juga kami berdua menghamburkan ketawa yang agak kuat.
"Ya Allah, bertuah punya anak!" Jerit Irfan seraya berlari mendapatkan Danial yang selamba duduk di tengah-tengah jalan. Anak kecil itu menangis kecil, sedikit meronta bila Irfan ingin mendukungnya. Mungkin Danial merajuk kerana kami berdua tidak mahu mendukungnya sebentar tadi. Agak lama juga Irfan mengambil masa untuk memujuk Danial yang sememangnya kuat merajuk itu.


“ElleaNur, letih?” tegur Irfan melihat aku yang tersandar lemah di atas sofa.

“Ermmm” Jawabku perlahan dengan mata yang terpejam.

“Nak abang urutkan?” Pantas aku menggeleng mendengar cadangan Irfan itu.

“Fan, Danial mana?” Aku bertanya lemah, menarik nafasku beberapa kali. Perutku terasa senak sekali.

“Tidur, kenapa?”

“Kejutkan Danial, tak baik tidur waktu maghrib”

“Ok, tapi abang kena kejutkan mamanya dulu” Bicara Irfan hilang dari halwa telingaku.

“Bangun sayang, tak baik tidur waktu maghrib” Bisik Irfan tiba-tiba seraya mencium lembut kelopak mataku yang masih terpejam. Aku tersentak lantas kusyen yang berada di tangan pantas aku baling ke arah Irfan yang ingin berlalu dari ruangan itu. Lelaki itu ketawa kuat seraya menghilangkan diri ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Danial. Semalam Danial merajuk, anak kecil itu marah kerana aku berkeras untuk tidak tidur bersama-sama dengannya dan Irfan. Puas aku memujuknya dengan pelbagai alasan lantaran Irfan mengambil jalan untuk menjadi pihak berkecuali. Semoga malam ini anak kecil itu tidak lagi mendesaknya. Sungguh! kadangkala dia jadi takut dengan desakkan Danial.

 

Selepas maghrib, kami bertiga keluar menikmati makan malam di restoran berhampiran. Aku hanya mencuit sedikit makanan yang terhidang. Perut aku yang terasa senak semenjak petang tadi mematikan selera makanku. Gesaan Irfan untuk menambah nasi langsung tidak aku hiraukan. Aku lebih rela memerhatikan kedua-dua lelaki di depan ku yang begitu asyik menghabiskan makanan di meja. Seusai makan, Irfan menahan aku dari terus pulang ke apartment. Ada sesuatu yang ingin di bincangkan dan aku pasti ianya mesti mengenai hubungan kami ini. Aku tidak membantah memandangkan sudah sampai masanya untuk kami segera meleraikan kekusutan yang melanda.

 

“ElleaNur, ada sesuatu yang abang nak bincangkan, mengenai kita” Irfan memulakan bicara sebaik saja Danial melangkah ke arah kolam ikan yang ada di restoran itu.

“Abang sedar semua yang berlaku adalah salah abang. Mungkin abang terlalu mengikut perasaan, banyak menyakiti hati dan perasaan sayang, malah sanggup pula mencurigai kesetiaan sayang sebagai isteri abang. Sungguh! Abang menyesal sangat-sangat” Laju Irfan berbicara. Aku seakan kehilangan kata, tekun mendengar, sesekali pandangan aku lontarkan ke arah Danial di sudut restoran itu.

“ElleaNur, masihkah ada peluang untuk abang mendiami hatimu sayang? Abang tidak mahu memaksa tapi abang masih berharap untuk hidup bersama seperti dulu. Melayari bahtera rumahtangga bersama-sama sayang, Danial dan bakal anak kedua kita” Irfan merenung penuh makna ke dalam anak mataku, syahdu sekali. Namun, mulutku masih berat untuk mengeluarkan bicara.

“Apa yang perlu abang lakukan untuk untuk sebuah kemaafan? Katakan ElleaNur. Segalanya sanggup abang lakukan”

“ElleaNur, please say something” Irfan merayu bila aku masih lagi mendiamkan diri.

“Fan, jom kita balik, perut I sakit ni” Balasku seraya pergi mendapatkan Danial. Irfan mengekori aku dari belakang selepas membayar bil.

“Ok Danial, jom kita balik” Ujar Irfan seraya memaut pinggangku erat. Aku menolak pautannya perlahan dan berjalan mendahului dirinya dan Danial. Hanya suara Danial yang memecahkan keheningan malam sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Aku dan Irfan bagaikan kehilangan kata untuk berbicara.

 

Malam itu aku dan Irfan membawa haluan masing-masing. Aku kehilangan minat untuk melayan Danial apatah lagi hendak mengadap wajah muram Irfan. Lelaki itu semenjak pulang dari makan malam tadi masih belum berbicara sepatah kata denganku. Hanya mata kami yang seakan-akan menggamit dan berbicara di antara satu sama lain.Dia lebih banyak merenung dari mengeluarkan bicara. Merajukkah Irfan? Mungkinkah Irfan terasa hati dengan kebisuanku tadi? Kecewakah Irfan kerana aku masih belum lagi mengungkapkan kata-kata maaf untuk dirinya? Bukan niatku untuk mengecewakan hati Irfan. Sungguh! Hatiku sudah lama memaafkan segala kesalahan lelaki itu. Cuma, bibirku terasa berat untuk mengungkapkannya. Hatiku meronta untuk segera mengungkapkan kata maaf tapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku dari menzahirkannya. Tapi, tidak sedarkah Irfan, aku tidak akan sesekali mengikutnya ke mari seandainya hatiku masih membenci dirinya, seandai hati aku masih belum lagi memaafkannya. Aku tidak akan sesuka hati membiarkan diriku berada dekat dengannya. Kedinginanku sudah pun lama berakhir, yang tinggal hanyalah cebisannya saja, itu pun sudah hampir lenyap di saat aku mendengar kata-katanya di restoran sebentar tadi.

 

Sungguh! kebisuan Irfan yang berterusan mendera perasaan, membuatkan aku rasa bersalah yang amat sangat. Lelaki itu masih tidak mahu berbicara denganku. Irfan lebih senang melayan Danial, membiarkan aku keseorangan melayani perasaan. Danial pula seperti biasa akan hilang perhatian terhadapku jika sudah bersama papanya. Sudahnya, aku turut sama membisu, memerapkan diri di dalam bilik keseorangan. Hari ini kami bertiga tidak kemana-mana tambahan pula cuaca hujan menyebabkan segala yang di rancang tergendala. Mujur juga aku ada membawa beberapa bahan bacaan untuk mengisi masa-masa yang terluang ini. Sedikit sebanyak kekecewaan aku dengan kebisuan Irfan dapat di lupakan.

 

“Mama” Panggil Danial di saat aku sedang membawa majalah Wanita.

“Ya sayang, ada apa ni?”

“Ma, papa ada belikan mama nasi goreng. Papa suruh mama makan”

“Mama kenyang lagi. Sekejap lagi mama makan ya sayang” Jawabku seraya mengusap lembut kepala Danial yang duduk di sisiku di atas katil.

“Mama, mama gaduh dengan papa eh?”

“Taklah”

“Habis tu, dari semalam mama diam aje dengan papa. Mama merajuk dengan papa? Papa marah mama ke?”

“Tidak sayang. Mama tak berapa sihat. Lagipun, Danial tu asyik nak suruh papa layan Danial aje. Danial pun kalau ada papa sikitpun tak pandang kat mama. Danial tak sayang mama ya?” Sengaja aku berkata begitu, cuba untuk menidakkan telahan Danial. Anak kecil itu hanya tersengih manja, mungkin menyedari kesalahannya itu.

“Danial sayang mama, sayang sangat. Tapi, Danial sayang papa jugak” Ucap Danial seraya memelukku erat.  Mukanya di sembamkan ke dada ku. Aku mengubah pembaringan agar sedikit selesa dengan keadaan Danial begitu.

 

“Danial sudah makan?”

“Dah dengan papa kat bawah tadi”

“Ermm. Kenapa tak ajak mama? Sampainya hati Danial dengan papa tinggalkan mama ya?” Entah mengapa aku seakan meluahkan kekecewaaan aku terhadap Irfan kepada Danial.

“Taklah mama. Papa cakap mama tak sihat tak boleh ikut”

“Oh, begitu. Tak mengapalah” Jawabku separuh berbisik. Seketika terdengar denguran halus Danial. Anak itu masih dengan tabiatnya sedari kecil, selalu akan tertidur lena apabila berada di dalam dakapanku. Sudahnya, aku terpaksa menghentikan pembacaan, membelai perlahan kepala Danial, permata hatiku.

 

“ElleaNur” Kedengaran suara Irfan di muka pintu bilikku.

“Ermm”

“Abang ada belikan nasi goreng” Ujar Irfan seraya mengangkat Danial untuk di bawa ke biliknya.

“Biarkan saja Danial tidur di sini”

“Ok” Irfan lantas meletakkan Danial di sisiku.

“Fan, you marah kat I?” tanyaku seraya bingkas duduk menyandar di kepala katil.

“Esok pagi kita balik” Kata Irfan mendatar dan berlalu keluar. Seketika, aku terasa jauh hati sekali dengan reaksi Irfan sebentar tadi. Nampaknya Irfan benar-benar terasa hati dengan diriku.

Posted at 06:55 pm by ElleaNur
Make a comment  

Monday, April 25, 2005
RRH_41

“Hai sexy!”

Sapaan yang tiba-tiba dari Irfan mengejutkan aku yang sedang leka mengeringkan rambut di depan cermin meja solek. Aku menjeling sekilas kearah lelaki bergaya santai yang sedang berdiri di muka pintu bilik. Tanpa memperdulikan Irfan aku megibas-ngibaskan rambut yang sedikit panjang itu. Aku yang bersiap lambat atau Irfan yang datang terlalu awal. Melihatkan jam di dinding melalui cermin aku tahu yang aku tidak terlewat tetapi lelaki itu yang tidak menepati masanya. Danial masih lagi enak di tilam empuknya. Sedangkan aku baru sahaja selesai mandi. Entah apa yang dikejarkan lelaki itu seawal pagi sudah terpacak di dalam rumah ini.

 

“Apa you ingat you ada kunci spare, you boleh datang sesuka hati yang you suka, masuk tanpa kebenaran I Irfan!” Ujarku tidak senang dengan cara Irfan yang hanya mengikut hatinya. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan hak privasi dirinya.

“Alah…abang tak sabarlah nak jumpa sayang” Irfan menjawab manja, masih lagi berdiri di muka pintu. Aku mencebik bibir, jelik dengan suara Irfan saat itu. Rambut yang hampir kering aku biarkan lepas bebas. Aku mendengus geram melihat wajah selamba Irfan yang tersengih panjang melihat keadaan aku yang hanya bertuala separas dada. Tanpa mempedulikan kewujudan Irfan di muka pintu, aku segera menghilangkan diri ke dalam bilik air untuk menyarung pakaian. Seketika kemudian, aku keluar dengan hanya di baluti kaftan merah samar. Wajah Irfan tidak lagi kelihatan. Mungkin ke ruang tamu ataupun ke bilik Danial.

 

“ElleaNur, I miss you so much, sayang” Bisik Irfan perlahan hampir di cuping telingaku. Terkejut, hampir terjatuh jantungku. Sungguh! ElleaNur tidak perasan bila masanya Irfan melangkah rapat kearahnya, dia leka membelek wajah di cermin meja solek.

“Eh, hello En. Irfan, mind your step ok?” Ujarku bagi menutup debaran di dada. Irfan menjungkit bahu seraya mengeluh perlahan. Dia masih lagi berdiri tercegat di belakangku, memerhati setiap gerak geriku yang selamba mengenakan solekan di wajah. Sesekali mata kami bertembung di dalam cermin tapi segera aku larikan.

“ElleaNur, tak perlu bersolek, sayang memang dah cantik, seksi lagi” Komen Irfan seraya memeluk badanku dari belakang. Tangannya meraba permukaan perutku yang ketara membulat di sebalik baju kaftan yang aku pakai. Sentuhannya mula berubah rentak. Seketika, aku seakan terpana dengan tindakkan berani Irfan. Bibirnya pula tanpa segan silu merayap di sekitar tengkuk dan telingaku.

 

“Irfan!” Jeritku kuat cuba menyedarkan Irfan. Jeritan itu juga untuk menyedarkan diriku sendiri.

“ElleaNur, please…..” Suara Irfan mendesah perlahan lalu tangannya pantas memusingkan badanku supaya mengadap kearahnya. Aku memejamkan mata, cuba menenangkan diri saat itu, tidak sanggup untuk terus memandang wajah lelaki yang penuh mengharap itu.

“I love you sayang” Bisik Irfan seraya memagut pantas bibir merahku. Aku terkedu sesaat. Namun, dalam dingin aku turut membalas ciuman lelaki itu. Seketika, aku menolak jauh badan Irfan membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.

“ElleaNur, just one hot kiss, please….” Irfan merengek bagaikan anak kecil. Permintaan Irfan tidak aku endahkan. Aku berlalu dan terduduk lemah di birai katil. Wajah yang merona merah aku sembunyikan dari pandangan mata kuyu Irfan saat itu. Pandangan mata yang penuh nafsu!

“Irfan, you keluar sekarang!” Kataku dalam suara yang bergetar.

“ElleaNur please….” Lelaki itu masih lagi merayu bagaikan anak kecil. Irfan seakan tidak mahu berganjak selagi keinginannya tidak dipenuhi. Irfan bagaikan musafir yang kehausan!

“Oh, I’m so sorry” Irfan meraup mukanya. Lelaki itu bagaikan baru tersedar dari mimpinya lantas segera berlalu keluar meninggalkan aku sendirian. Sesaat kemudian terdengar jeritan girang Danial dari biliknya. Pasti saat ini Irfan dan Danial sedang berpeluk mesra melepaskan kerinduan masing-masing.

 

Sungguh! Dia tidak menduga Irfan seberani itu mencumbu rayu dirinya sebentar tadi. Hatinya memang sudah menerima kehadiran lelaki itu buat kali kedua, tetapi, bukan bermakna dia membenarkan Irfan mengambil kesempatan ke atas dirinya semudah itu. Walau pada mulanya dia sendiri seakan ingin menyerah dan mengikut rentak Irfan itu tapi, akal warasnya pantas menolak. Hatinya tiba-tiba bertukar sakit. Fikirannya keliru. Dia juga geram dengan kelemahan dirinya sendiri apabila berada dekat dengan Irfan. Hatinya meronta untuk membalas pelukan Irfan tetapi fikirannya menolak keras lalu dia hanya berdiri kaku, sengaja membekukan diri di saat bibir Irfan memagut bibirnya sebentar tadi. Sungguh! dia jatuh kesian melihat wajah rawan milik lelaki itu. Walaupun wajah Irfan sudah bersih, bebas dari jambang yang meliar namun, wajah itu tetap muram, seakan ada sesuatu yang menyiksakan di sebalik pandangan mata hitam miliknya. Mata itu seakan menanggung perasaan rindu yang sarat terhadap dirinya. Terseksakah Irfan dengan perpisahan ini? Ya Allah, berdosakah aku terhadap lelaki itu?

 

“Danial sayang, sudah bangun? Mari mama mandikan” Kataku kepada Danial yang masih berbaring malas di atas katilnya. Irfan yang turut berbaring di sebelah Danial memandang ke arahku selamba. Bibirnya bergerak menuturkan 3 perkataan keramat itu. Aku memberikan jelingan tajam apabila Irfan mengenyitkan matanya kepadaku. Ada sebuah senyuman nakal terukir di bibirnya saat itu.

“Alah...sekejaplah mama… Danial nak baring-baring ngan papa, kejap jer” Suara halus Danial merengek manja seraya merangkul leher papanya membelakangiku. Aku mengetap bibir. Geram dengan anak kecil itu yang seringkali mengabaikan aku jika bersama papanya. Ada senyuman kecil di bibir Irfan di saat aku memandang sekilas ke arahnya.

“Danial….kan papa nak ajak kita keluar hari ini” Balasku cuba memancing reaksi Danial. Teringat janji aku kepada anak kecil itu kelmarin. Adegan yang menyentuh hatiku sebentar tadi segera aku lontarkan jauh. Biarlah, aku tidak mahu kegembiraan Danial lenyap dengan hanya peristiwa itu. Aku tidak boleh mementingkan perasaanku sendiri. Kebahagiaan Danial yang aku utamakan.

 

“Kita nak pergi mana papa?”

“Kita nak pergi Cameron, tidur sana” Jawapan Irfan mengundang keceriaan di wajah Danial tetapi tidak di wajahku.

“Irfan! Kita nak buat apa pergi sana? You pergi berdua dengan Danial, I tak mahu pergi” Spontan bibirku membantah. Aku fikirkan Irfan hanya ingin membawa aku dan Danial ke sekitar KL saja.

“Mama please……” serentak kedua beranak itu merengek manja.

“No!” Bantahku kuat.

“ElleaNur, you dah janjikan” Wajahku mencuka bila Irfan menuturkan sebaris ayat itu. Memang aku sudah terlanjur berjanji tapi, bukan untuk ke Cameron.

“Mama…….pleaseeeeeee” Sekali lagi Danial dan Irfan merengek panjang apabila  melihat aku masih mendiamkan diri. Sengaja membiarkan mereka ternanti-nantikan persetujuan dariku. Aku mengeluh perlahan dan berlalu keluar.

“Yessssss” Jeritan girang kedua beranak itu mematikan langkahku. Aku berpaling geram melihat Danial yang melompat-lompat di atas katilnya.

“Danial! Stop it ok! And you En. Irfan, sila mandikan Danial, now!” Arahku dengan suara sedikit tinggi sebelum berlalu keluar. Kedua-dua mereka terdiam sebelum kembali menjerit girang. Anak dan papa serupa, sama-sama suka mendesak dan terus mendesak!

 

Sementara menantikan Irfan memandi dan menyiapkan Danial, aku mengemas barang dan pakaian aku dan Danial sepanjang di Cameron nanti. Hati dan fikiranku masih lagi tertanya-tanya perlu apa Irfan membawa kami berdua ke sana. Kelmarin, memang aku menerima perlawaannya kerana aku sangka tentunya hanya ke sekitar KL saja. Memikirkan yang Danial merindui papanya, lalu tanpa berfikir panjang aku lantas memberikan persetujuan di atas perlawaan Irfan ketika itu. Langsung aku tidak terfikirkan yang Irfan mempunyai agendanya yang tersendiri. Irfan, lelaki itu selalu membuat keputusan tanpa persetujuan dariku. Selalu saja mendahulukan kehendak hati dan perasaannya tanpa memikirkan hak orang lain.

 

“ElleaNur, dah siap?” Pertanyaan Irfan yang tiba-tiba menyedarkan aku yang masih lagi berkhayal. Pantas aku mengangguk kecil menjawab pertanyaannya.

“Kita bertolak sekarang. Danial dah tak sabar-sabar kat luar tu”

“Irfan, berapa malam kita stay sana?”

“Erm tengoklah, semalam ke, 2, 3 or you nak seminggu pun I tak kisah” Jawab Irfan selamba.

“Irfan!” Aku menjerit geram. Irfan tidak serius menjawab pertanyaan aku tadi.

“Apa sayang?”

“Ok, ok, 2 or 3 nights kot” Irfan menjawab pantas bila mendapati ada riak marah di wajahku.

“You dah book hotel? Berapa bilik? Dua?” Laju aku bertanya.

“Sudah. I booking apartment, 1 bilik. Kenapa?”

“I tak mahu pergi” Jawabku perlahan seraya melangkah kembali ke dalam bilik.

“ElleaNur……. you tak kesian kat Danial kat luar tu?" Irfan cuba memancing persetujuanku.

"Kesiankan Danial ke kesiankan you?" Tingkahku kuat.

"ElleaNur sayang.........."

"No! I tak mahu"

"ElleaNur........yes"
"No!!"
"Yes!!!"
"Ok, tapi ada syaratnya" Aku terpaksa mengalah akhirnya. Wajah Irfan yang tersenyum bangga di sisi katil aku pandang geram.

Sejurus sampai di Cameron Highland, kami terus mendaftar masuk di Shal’s Holiday Apartment. Irfan berkeras mahu menginap di apartment, langsung tidak mempedulikan permintaanku yang inginkan kami menyewa 2 bilik hotel sepanjang di sini. Aku bersetuju akhirnya memandangkan Irfan berjanji untuk menempah apartment dengan 2 bilik tidur. Itupun setelah aku puas mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. Walau Irfan sedikit marah dengan kedegilan aku sebentar tadi tapi, akhirnya dia terpaksa juga mengalah dengan kemahuanku.  Sungguh! Aku belum bersedia untuk tinggal bersama-sama dengan Irfan saat ini walaupun dengan kehadiran Danial. Agak janggal untuk melalui keadaan itu semua setelah agak lama hidup berasingan. Mungkin, aku memerlukan persediaan dari segi fizikal dan mental yang kuat untuk kali yang kedua ini.


Posted at 03:09 pm by ElleaNur
Make a comment  

Friday, April 22, 2005
RRH_40

Rutin harianku sama dengan kebanyakkan suri rumah lain yang tidak bekerja. Masaku kini lebih banyak di habiskan menguruskan Danial dan juga urusan rumahtangga cuma, yang membezakannya hanyalah tanpa kehadiran seorang suami di sisi, walau pada hakikatnya, hampir saban hari selepas waktu pejabat Irfan pasti akan berada di rumahku. Hampir tengah malam baru lelaki itu akan pulang. Tapi, itu seminggu yang lalu. Kini, sudah lebih dari seminggu lelaki itu tidak menampakkan wajahnya. Merajukkah  Irfan? Kecewakah Irfan kerana aku masih lagi belum mengungkapkan kata maaf untuk dirinya? Tersinggungkah Irfan dengan kedinginan aku? Walau kadangkala terasa sedikit kesepian tanpa kehadiran lelaki itu, namun aku gagahkan jua untuk meniti hari-hari mendatang bersama Danial.

 

Tidak aku nafikan, sesekali rasa ingin di belai dan di sayangi sang suami mengintai di ruangan hati dan fikiran. Jika benar Irfan mahu aku kembali ke dalam hidupnya, aku redha tapi biarlah untuk sementara ini aku melayani rasa sakit hati yang masih bersisa ini. Aku juga mahu menguji sejauh mana usaha lelaki itu untuk memujuk hati dan perasaanku. Biar Irfan sedar, bukan senang untuk mengubati hati perempuan yang telah dilukai. Aku juga mahu Irfan benar-benar menghargai kehadiran seorang isteri di dalam hidupnya. Isteri bukannya tempat untuk seorang suami melepaskan kemarahan dan rasa sakit hati mereka. Kesetiaan dan kepercayaanku sebagai seorang isteri tidak perlu dipertikaikan jika Irfan benar-banar mencintai dan menghargai diriku. Tapi, nampaknya lelaki itu seakan sudah mengalah. Irfan tidak lagi ghairah untuk memujuk aku kembali kepadanya. Buktinya, sudah hampir 2 minggu batang hidung lelaki itu tidak kelihatan, telepon bertanya khabar jauh sekali.

 

“Mama…papa nak cakap” Jeritan Danial dari ruang tamu mengejutkan aku dari lamunan. Danial yang menginjak usia 4 tahun sungguh petah bercakap. Pertuturannya telus dan perwatakkannya sungguh mencuit hati sesiapa saja yang memandangnya.

“Cakap dengan papa, mama ada kerja” Aku tiada mood untuk menjawab sebarang panggilan saat ini. Hatiku seakan merajuk dengan lelaki itu.

“Tapi, Danial dah cakap kat papa yang mama tengah termenung” Laju Danial menjawab.

“What? Ok, cakap kat papa, mama tak nak cakap” Sahutku masih lagi duduk di balkoni. Aku jadi geram dengan sifat Danial yang satu ini. Semua yang aku lakukan kalau boleh ingin di adukan kepada papanya.

“Mama, papa cakap, dia nak cakap juga dengan mama” Jerit Danial lagi.

“Ok, ok, sekejap cakap papa” Akhirnya aku terpaksa juga mengalah.

 

Irfan menelepon setelah agak lama menyepikan diri. Perlu apa Irfan menelepon aku? Ingin memujuk aku lagikah? Fikirku dia sudah mengalah. Nampaknya, lelaki itu tidak pernah kenal erti putus asa, terus saja mendesak. Sifatnya itu tidak pernah berubah. Lambat-lambat aku menghampiri Danial yang seperti tidak sabar untuk menghulurkan ganggang telepon. Danial juga seperti Irfan, suka mendesak dan memberontak, yang menjadi mangsanya adalah aku, tersepit di antara dua insan yang aku sayangi. Ada senyuman manis di wajah comel itu sewaktu aku mengambil gangang telepon dari tangannya. Gembira barangkali dapat berbual dengan papanya. Danial, apalah yang dia tahu apa yang ada di hatiku saat ini.

 

“Hello, assalamualaikum” Tuturku perlahan. Kedengaran hembusan halus nafas Irfan di hujung talian. Seketika hanya hembusan nafas yang berbalas di antara talian.

“Waalaikumsalam. ElleaNur sayang, apa khabar? Everything ok kan? Dania Insyirah pun ok kan?” Pertanyaan Irfan mencetuskan senyuman kecil di bibirku. Irfan seakan begitu yakin yang kali ini dia akan mendapat anak perempuan. Sungguh! Aku tersentuh, hilang kerinduanku yang terpendam tatkala mendengar suara lelaki itu.

“Ok, semuanya macam biasa, you bagaimana?” Agak janggal untuk aku berbual dengan Irfan. Sudah lebih dari seminggu aku tidak mendengar suara itu. Lelaki itu seakan merajuk dengan kedinginan aku. Tapi, tidak sedarkah Irfan bahawa dia yang membuatkan aku jadi dingin begini.

“Tapi, Danial bagitahu tadi , dia dan mamanya demam, betul?” Aku mengetap bibir memandang Danial di ruang tamu, menunjukkan tanda amaran kepada Danial yang tersengih memandang ke arahku. Pertanyaan Irfan aku biarkan tidak berjawab.

“Rindu....ElleaNur sayang, demam sebab rindu kat abang ya, hmmm?” Bisik Irfan menggoda. Mukaku merona merah, hatiku terusik saat itu lantas mendiamkan diri.

 

“Ermm ok, abang macam biasa juga, setiap hari rindu, rindu pada yang di sana. ElleaNur, hujung minggu ini kita keluar boleh?” Suara Irfan berubah rentak. Pertanyaan Irfan aku biarkan sepi. Lidah seakan kelu untuk menjawab.

“ElleaNur...bagaimana?”

“Ermm” aku menjawab perlahan.

“Ok, nanti abang datang jemput sayang dan Danial”

“ElleaNur!” Suara Irfan yang sedikit kuat menghalang aku dari meletakkan ganggang.

“Ya En. Irfan!” Irfan tergelak besar mendengar jawapanku yang agak sedikit kuat.

“Sayang... rindu kat abang kan? I miss you too, sayang” Bisik Irfan perlahan. Segera ganggang aku letakkan pantas. Ah Irfan! lelaki itu suka sangat bermain dengan hati dan perasaan wanitanya. Bibirku mengukir senyuman panjang. Sungguh! Hatiku terasa sangat lega saat itu. Berbunga-bunga. Mungkinkah aku sudah mula menerima Irfan kembali?

 

“Mama, Kenapa senyum-senyum ni?” Danial bertanya sebaik aku menghampirinya.

“Tak ada apa-apalah. Sibuk. Kenapa nak tahu?”

“Alah Danial tahu. Mama rindu kat papa ya?” Usik Danial nakal.

“Pandai jer eh. Danial tu yang rindu kat papa sampai demam-demam” Balasku seraya mencubit pipi tembam Danial. Aku membawa Danial ke pangkuanku, memeluk erat anak kecil itu.

“Alah, mama pun sama jugak. Hari tu Danial nampak mama muntah-muntah kat dapur. Hah mama demam lah tu” Aku tersenyum gelihati mendengar komen Danial.

“Mama muntah sebab Danial nak dapat adik tau” Bicaraku membuatkan Danial mulut  terlopong seketika sebelum dia melonjak girang.

“Iyer ke mama? Danial nak baby girl macam baby Sarra”

“Ermm tapi, Danial kena janji dengan mama, Danial tak boleh manja dan nakal-nakal lagi, ok?”

“Ok, ok mama, Danial Janji” tutur Danial seraya memusingkan badan dan merangkul leherku. Tangan kanannya di angkat gaya orang yang sedang berikrar. Dia masih lagi melonjak riang di atas pangkuanku.

“Danial...sakit perut mama sayang. Tadi dah janjikan tak nak nakal-nakal kan. Hmmm, tak ingat dah?” Danial tersengih manja mendengar teguranku.

“Nanti baby kat dalam perut mama marah eh?” Aku mengangguk kecil. Danial tiba-tiba tunduk dan mencium perutku yang ketara membulat.

“Baby girl, maafkan abang Danial ya” Danial berbisik perlahan. Hatiku tercuit dengan perbuatan Danial itu. Nampaknya Danial dan Irfan mempunyai firasat yang sama.

“Danial sayang, jom tukar baju. Kita pergi rumah Atuk Din ngan Nek Anah”

“Ok” Balas Danial, lebih girang dari tadi.

 

Memang benar Danial baru saja pulih dari demam 2 hari lalu. Semuanya gara-gara Irfan. Danial merengek meminta aku menghubungi papanya tapi langsung aku tidak mengendahkan permintaannya itu. Lagipun, aku berasa segan hendak menghubungi lelaki itu lantaran aku sendiri yang memintanya untuk tidak menghubungi dan mengunjungi aku buat sementara waktu. Bukan niat untuk mementingkan diri sendiri, tidak sekali-kali. Sengaja aku ingin menguji akan hati dan perasaanku sendiri. Dan ternyata ianya menunjukkan tanda-tanda yang positif, berhasil. Sepanjang hampir 2 minggu ini bukan Danial saja yang demam bahkan aku sendiri. Malah lebih teruk dari anak kecil itu tapi tidak aku tunjukkannya kepada Danial. Aku berusaha memujuk diriku sendiri, aku baluti luka di hati demi kebahagiaan orang-orang yang aku sayangi. Sungguh! Sepanjang tempoh itu, hatiku di baluti rasa rindu yang hebat terhadap lelaki itu. Kini, aku amat pasti akan perasaanku pada Irfan. Hanya kehadiran lelaki itu yang aku dambakan saat ini. Hanya kehadiran insan itu saja yang akan mengusir kesepian  yang telah lama bertandang di hatiku. 


Posted at 01:23 pm by ElleaNur
Comment (1)  

Wednesday, April 20, 2005
RRH_39

“Irfan, mama nak kamu pujuk, bawa balik ElleaNur dan Danial secepat mungkin ke rumah kamu. Tak baik tinggal berasingan lama-lama!” Pn. Maryam membebel panjang.

“Tapi ma...”

“Mama tak peduli, dalam minggu ni juga ElleaNur dan Danial mesti balik ke rumah kamu di Subang!”

“Ok, tapi kalau...”

“Tak ada kalau-kalau!”

“La... mama ni. Irfan cakap, kalau Irfan dapat bawa balik ElleaNur, mama nak buat apa?” Sengaja Irfan ingin bergurau dengan mamanya itu.

 

“Ok, mama buat kenduri kesyukuran boleh?” Balas Pn. Maryam setelah agak lama mendiamkan diri, mencari idea barangkali.

“Good Idea. Tapi lagi bagus kalau mama buat kenduri lenggang perut sekali, macammana ma?” Tanya Irfan dengan senyuman nakal.

“Apa? Maksud kamu ElleaNur mengandung lagi?” Pn. Maryam bertanya dengan riak terperanjat. Irfan tersenyum ceria.

“Yup, mama. Kenapa tak percaya ke?” Irfan ketawa lalu menutup mulut mamanya yang sedikit ternganga. Sebuah ciuman kudus hinggap di pipi mamanya itu.

“Hisssshh kamu ni Fan, manja sangat. Ingat, kamu tu dah nak beranak dua” komen Pn Maryam seraya cuba menolak jauh muka Irfan yang masih lagi menempel di pipinya.

“Alah mama ni..Irfan nak bermanja sikit pun tak boleh. Sudahlah ElleaNur tinggalkan Irfan. Irfan rindu, hati Irfan sedih tau mama” Adu Irfan selamba.

 

“Hah! Itulah, ada bini mengata itu ini, tuduh sembarangan, cemburu tak bertempat! Sekarang dah kena tinggal baru nak mengadu sedihlah, rindulah!” Bebel Pn. Maryam terus. Dia geram dengan perangai anak lelakinya yang satu itu.

“Mama nak kamu bawa ElleaNur balik hari ini juga, bagaimana?” Irfan menarik muka masam mendengar permintaan mamanya itu.

“Mana boleh ma...” Pn. Maryam berlalu ke dapur dengan senyuman mengejek.

“Tak perlu kamu memaksa sangat si Eizurra tu Irfan”  Tiba-tiba saja papanya yang sibuk membaca akhbar di ruang tamu mencelah. Irfan menjeling sekilas ke arah papanya sebelum berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia ingin melayan perasaan hatinya yang sepi saat itu. Sepanjang peninggalan ElleaNur, amat jarang sekali dia balik ke rumahnya di Subang. Suasana di rumah itu kini suram dan hambar, sehambar sehatinya.

 

Entah apa yang sedang di lakukan ElleaNur dan Danial saat ini. Bagaimana keadaan mereka berdua terutama sekali keadaan ElleaNur? Masih terukkah alahannya? Bagaimana dia menguruskan Danial? Sudah agak lama Irfan tidak menjengah mereka berdua. Sungguh! Dia rindu untuk menatap wajah ElleaNur dan melayan telatah Danial saat ini. Tapi, dia perlu menghormati permintaan ElleaNur. Biarlah dia terseksa melayan rindu asalkan sekeping hati milik ElleaNur tenang, fikiran wanita itu lapang tanpa gangguan dari dirinya. Akan terdetikkah perasaan rindu di  hati wanita itu sepanjang kehilangannya beberapa hari ni? Tapi, Irfan seakan dapat merasakan kerinduan di hati ElleaNur untuknya saat ini. Seakan ada satu jalinan gelombang di antara hatinya dan hati ElleaNur setiap saat. Jiwanya seakan sudah sebati dengan jasad ElleaNur. Di mana-mana dia akan terasa aura wanita itu. Terngiang-ngiang di telinganya suara gemersik ElleaNur memanggil namanya, sesekali suara kecil Danial turut menyapa telinganya. Mungkinkah sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka berdua? Irfan berteka-teki sendiri. Fikirannya buntu saat itu. Tidak tahu jalan mana yang harus di laluinya.

 

Irfan melangkah lemah ke pejabatnya. Sudah beberapa hari dia seakan hilang semangat untuk malakukan tugasannya. Semuanya kerana ElleaNur. Wanita itu tidak mahu bertemunya. Sudahnya dia mengambil jalan untuk turut mendiamkan diri. Bukan mengalah tapi, dia cuba untuk memberikan ElleaNur masa untuk memikirkan tentang hala tuju hubungan mereka yang seterusnya. Sampai waktunya jika ElleaNur tidak memberikan sebarang keputusan, dia sendiri yang akan bertindak. Dia sudah mula menyedari makna yang tersirat di sebalik mata bundar ElleaNur. Ada rindu yang sarat di sebalik pandangan wanita itu. Ada sinar kasih yang terpancar dalam keredupan matanya. Irfan pasti, kasih dan sayang ElleaNur tetap utuh untuk dirinya. Mungkin juga wanita itu sudah memaafkan dirinya cuma tidak diungkapkan secara jelas. Bukankah wanita itu dikurniakan dengan sifat yang penuh kelembutan, terutama tentang hati dan perasaan mereka? Bukankah wanita itu juga seorang yang pemalu? Segan untuk mengungkapkan apa yang ada di hati mereka?

 

Hati Irfan begitu meronta untuk mengetahui keadaan ElleaNur dan Danial saat itu. Tangannya ingin segera mendail nombor telepon ElleaNur tetapi hatinya membantah keras. Dia takut, bimbang seandainya sikapnya yang terburu-buru merenggangkan lagi hubungannya dengan ElleaNur.  Tapi, desakkan mamanya menghantui dirinya setiap masa. Semalam sewaktu pulang ke rumah mamanya, hatinya pedih, telinganya panas menadah setiap leteran berbisa dari orang tua itu. Mamanya itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya di atas apa yang terjadi. Orang tua itu memaksanya memujuk kembali ElleaNur secepat mungkin. Mama menyuruh dia bertindak sedikit tegas, aggresif tapi tidak bagi papanya yang kerapkali menyuruhnya bersabar, tidak terlalu memaksa ElleaNur. Kadangkala dia geram dengan desakkan mamanya dan kesabaran papanya tapi, dalam masa yang sama juga dia turut bersetuju dengan mereka berdua. Bukankah kedua mereka lebih dulu makan garam daripada dia dan ElleaNur sendiri.

 

Ya, mungkin sudah sampai masanya dia menggunakan kuasanya sebagai suami. Seketika terbayang jelingan mata ElleaNur yang tajam setiap kali dia memaksa wanita itu menuruti perintahnya. ElleaNur, dalam keras hati masih mahu menurut katanya. Irfan menggeleng kepala, tercetus senyuman kecil di bibirnya saat itu. Baru saja dia ingin mencapai ganggang telepon, wajah Julia terpacul di muka pintu pejabatnya. Irfan mendengus perlahan tapi masih sempat melemparkan senyuman kecil.

 

“Yes Ms. Julia, ada apa-apa yang boleh I bantu?”

“Eh you ni Irfan janganlah formal sangat”

“So?” Irfan menjungkit keningnya kepada Julia yang telah pun duduk di depannya.

“Saja I datang nak jumpa you. ElleaNur dan Danial apa khabar?”

“Ermm, ok. Seperti biasa juga. Cuma mereka masih di Bukit Jalil” Irfan menjawab perlahan.

“Semuanya salah I kan Irfan? I betul-betul minta maaf dengan you dan ElleaNur. Kalaulah mulut I ni tak...” Julia mengeluh kesal. Wajah Irfan yang muram menambah kekesalan di hatinya.

“Well... you kenal dengan Arief? Shahrin Arief coursemate kita dulu?”

“Yup..Kenapa dengan dia?”

“We’re getting engaged” Terang Julia dengan wajah yang berseri.

“Really? So, congratulation, Julia. Macam mana I boleh tak tahu ni?”

“I’ll talk with you later, ok. I nak cepat ni. So, jemputlah datang hujung bulan ni. Jangan lupa tau Irfan. Bawa ElleaNur and Danial sekali, ok” Ujar Julia lantas berlalu pulang. Irfan mengeluh lega. Entah mengapa dirasakan hatinya lapang sekali saat mengetahui yang Julia bakal berkahwin. Mungkinkah hidupnya bakal kembali bahagia bersama-sama dengan ElleaNur?

 

Julia. Irfan mengenali wanita itu sebagai seorang yang baik hati dan agak keanak-anakkan. Walau nampak sedikit sosial tetapi pergaulannya terbatas. Tutur bicaranya lemah lembut. Mereka berkawan rapat sewaktu di Australia. Hubungan mereka mula renggang kerana Irfan menyedari yang  wanita itu sedikit sebanyak menjadi punca pergaduhan di dalam rumahtangganya dengan ElleaNur. Dia tidak menuduh Julia tapi sekadar cuba menjauhkan diri dari wanita itu buat sementara waktu. Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini wanita itu seakan mengikut kata hatinya. Julia terlampau melayan perasaan sakit hatinya terhadap kemesraan aku dan ElleaNur. Julia seakan tidak dapat menerima hakikat yang di antara aku dan dia sememangnya tiada jodoh. Berkawan rapat di antara lelaki dan perempuan tidak semestinya bercinta. Barangkalai waktu itu, Julia keliru untuk membezakan di antara perasaan seorang teman dan kekasih. Namun kini Irfan bersyukur. Julia telah menyedari akan kesilapan yang dia lakukan. Dia sudah menerima hakikat yang hatiku bukan miliknya. Wanita itu sendiri yang datang meminta kemaafan darinya juga ElleaNur. Dan kini, dia turut tumpang gembira mendengar berita pertunangan Julia dengan Arief teman seuniversiti mereka di Australia. Terbayang wajah hitam manis milik bakal tunang Julia itu. Sedikit waktu dulu, Arief selalu mengusik Julia, tidak sangka pula yang di antara mereka akan bertemu jodoh.

 


Posted at 05:33 pm by ElleaNur
Make a comment  

Tuesday, April 19, 2005
RRH_38

Hari ini, seawal pagi hujung minggu begini, Irfan telah pun bertandang ke apartmentku. Irfan, lelaki itu langsung tidak memberikan aku peluang untuk bersendirian. Boleh dikatakan semenjak kepulangan aku dan Danial di rumah ini, hampir setiap hari pasti aku akan memandang wajah itu. Sudah acapkali aku memberitahunya yang aku inginkan waktu hujung mingguku tanpa kehadiran dan gangguan darinya. Au hanya ingin mengisi waktu yang terluang bersama-sama Danial. Cukuplah aku mengadap wajahnya itu setiap kali dia menjemput dan menghantar Danial ke taska. Tetapi, bercakap dengan Irfan kini bagaikan mencurah air di daun keladi, lelaki itu bagaikan orang yang hilang deria pendengarannya. Muka aku yang masam dan ronyok seribu setiap kali menyambut kemunculannya di muka pintu bagaikan tidak membawa apa-apa makna bagi Irfan. Lelaki itu bagaikan orang bodoh, Irfan kini bagaikan sudah tidak punya perasaan malu, dengan selamba dia akan melangkah masuk.

 

“Hai my darling sweetheart. How are you today?” Tutur Irfan sebaik melangkah masuk. Wajahnya tunduk ingin menciumi dahiku tapi sempat aku mengelak. Lelaki itu mengeluh perlahan, tersenyum pahit memandang wajahku.

“ElleaNur, Danial dah bangun?” pertanyaan Irfan aku biarkan saja. Dengan selamba aku melangkah ke dapur menuang segelas susu segar dan berlalu ke bilikku.

 

Kewujudan Irfan di rumahku langsung tidak aku hiraukan. Aku lebih senang mengurungkan diri di dalam bilik dan membiarkan Irfan melayan Danial. Namun, belum sekali pun aku menyentuh tentang hubungan kami. Biarlah Irfan sendiri yang memulakannya. Barangkali dia bersetuju dengan permintaanku yang satu itu lantaran tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Irfan mengenai letak duduknya hubungan kami. Irfan aku lihat lebih ke arah untuk mengubati dan memujuk hatiku yang kecewa. Pelbagai cara di lakukan untuk memenangi hatiku kembali, namun semua usahanya itu hanya aku pandang sepi. Hanya renungan tajam dan tutur bicara romantisnya yang kadangkala mencuit hati dan perasaan perempuanku terhadap lelaki itu. Sungguh! Kini rasa rinduku pada lelaki itu mula bertandang kembali cuma egoku menyekat untuk mempamerkannya secara terbuka.

 

“ElleaNur, keluar makan sayang” Terdengar ketukan di luar pintu disertai dengan suara Irfan. Aku hanya mendiamkan diri, berbaring malas di atas katil. Kepalaku terasa sedikit berat.

“ElleaNur, benarkan abang masuk boleh?” Belum sempat aku menjawab wajah Irfan sudah pun terpacul dimuka pintu. Irfan selalu begitu. Aku mendengus geram.

“ElleaNur sayang...abang dah panaskan lauk, marilah makan, sikit pun takpa” Irfan terus memujuk. Dia berdiri bercekak pinggang memerhatikan kearah aku yang masih lagi berbaring diselimuti comforter.

“I kenyang. Nanti lapar I makanlah. Kalau you nak balik, baliklah. Jangan lupa lock pintu” Balasku mendatar. Segera aku mengiringkan badan membelakangkan Irfan. Bukan niat untuk menghalau tapi sekadar memberi alasan. Terdengar derapan kaki Irfan menghampiri katilku, sepantas kilat lelaki itu bertindak mencempung tubuhku yang hanya berbaju tidur nipis ketika itu.

“Heiiii kenapa dengan you ni hah! Turunkan I, turunkan I Irfan!!!” Jeritan suaraku langsung tidak dipedulikan, Irfan segera membawa aku ke ruangan makan. Badanku diletakkan di atas kerusi di depan hidangan yang telah pun tersedia.

 

“Sekarang I nak you makan” Arah Irfan tegas.

“I tak mahu!”

“Makan!!” Arah Irfan lebih kuat dari suara ElleaNur.

“I tak mahu, I kenyang tahu tak?”

“Jangan nak tipu abang, abang tahu dari siang lagi sayang tak makan” Suara Irfan berubah rentak, lebih lembut dari tadi, cuba memujuk hati wanita itu. Kerasnya hatimu sayang, Irfan hanya mampu mengeluh perlahan.

 

Irfan tidak nampak bila masanya ElleaNur makan, semenjak siang tadi wanita itu mengurungkan diri di dalam bilik, menyembunyikan diri dari pandangannya. Bukan sekali dua kehadirannya ke sini tidak dihiraukan ElleaNur. Seharian dia menanti wanita itu menjengukkan wajah, tapi hampa. Hanya Danial yang setia menemaninya setiap detik. Hatinya tersentuh tapi, dia masih boleh bersabar kerana dia sedar akan kesalahannya. Dia memahami apa yang ada di hati ElleaNur saat ini. Bukan niatnya untuk terus memaksa ElleaNur, dia cuba untuk tidak menggunakan kuasanya sebagai suami. Dia juga tahu ElleaNur amat tidak senang dengan sikapnya yang suka mendesak, tapi memang hari ini dia terdesak. Kesihatan ElleaNur sangat membimbangkan hatinya saat ini. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk melanda ElleaNur dan kandungannya itu. Dia tidak dapat memaafkan dirinya andai sesuatu terjadi kepada wanita itu.

 

“Atau sayang nak abang tolong suapkan, hmmm?” Irfan sekali lagi bersuara bila mendapati ElleaNur masih lagi mematungkan diri, wanita itu hanya merenung masam hidangan yang ada di depannya itu.

“I tak mahu, I tak ada selera Irfan! kepala I sakit, you tahu tak!” ElleaNur bersuara agak kuat. Geram melihat Irfan yang terus-terusan memaksanya untuk makan. Dia bukannya budak kecil seperti Danial yang boleh dipaksa-paksa sesuka hati.

“You sakit kepala sebab you tak makan, tahu tak!” Irfan membalas dengan nada yang sama. Bibirnya diketap, hatinya geram dengan kedegilan ElleaNur. Tanpa berlengah dia terus mencapai pinggan nasi dan diletakkan sedikit sup sayur, lauk yang dibelinya untuk ElleaNur semasa keluar makan bersama Danial di Sri Petaling sebentar tadi. Tanpa bertanya, dia terus menyuakan sesudu nasi ke arah mulut ElleaNur. Agak lama baru ElleaNur membuka sedikit mulutnya untuk menerima suapan Irfan.

 

“Irfan, you tak perlu lakukan semuanya ini pada I. I masih mampu menguruskan hidup I sendiri Irfan!” tutur ElleaNur geram. Irfan di depannya hanya diam tidak bersuara. Suapan demi suapan memasuki mulut ElleaNur.

“Kenapa you bersusah payah begini Irfan???” Sambung ElleaNur, masih bernada geram, segera dia menolak suapan Irfan yang seterusnya. Bibirnya di ketap, dia geram, hatinya sakit dan keliru dengan kebisuan Irfan saat itu.

“I suami you, sudah menjadi tanggungjawab I untuk menjaga kebajikan you dan Danial” Terang Irfan, segelas air suam di sua ke mulut ElleaNur. ElleaNur meneguk perlahan.

“Tapi kenapa dulu you tega mencurigai diri I, you menuduh I dengan Ar...” kata-kataku terhenti lantaran Irfan meletakkan jarinya di bibirku, menahan aku dari terus menuturkan kata-kata.

“I mengaku I bersalah. I tak sepatutnya meragui kesetiaan you sebagai isteri I. I menyesal sangat-sangat” Ada sinar penyesalan di sebalik sepasang mata hitam itu.

“ElleaNur, maafkan abang sayang. Tolonglah terima abang kembali dalam hidupmu sayang” Irfan mengesat airmata yang berjuraian di pipiku. Sebelah tangannya menggenggam tanganku erat. Aku merenung dalam sepasang mata hitam milik Irfan lama, lalu menggeleng lemah.

“Bukan mudah untuk I melupakan segala tuduhan you, menerima apa yang telah you lakukan pada I sebelum ini Irfan. You baliklah, tinggalkan I sendirian. I perlukan waktu untuk memikirkannya” Kataku perlahan dan segera berlalu ke ruang tamu mendapatkan Danial yang sedang tidur lena di atas sofa. Wajah mulus Danial di atas sofa ditatap dalam. Damainya wajah kecil tu saat ini.

 

“ElleaNur, Abang balik dulu. Take care sayang” ucap Irfan perlahan, mencium lembut dahiku, kemudian beralih kepada Danial di sofa dan terus berlalu keluar. Seketika hati ElleaNur berubah pilu. Tersentuh melihat wajah muram Irfan saat itu. Terngianga-ngiang di telinganya akan nada lirih Irfan sebentar tadi. Hatinya sedih, dadanya sesak sekali. ElleaNur berlalu ke balkoni apartmentnya, menikmati hembusan angin malam. Hatinya dirasakan sungguh sepi, sesepi malam ini, malam yang suram tanpa kerlipan bintang yang bergemerlapan.


Sungguh! Irfan hampir berputus asa untuk memujuk kembali hati ElleaNur. Telah pelbagai cara dia lakukan untuk membaluti sekeping hati yang terluka itu. Dia sudah puas memujuk, sudah puas merayu meminta kemaafan tapi, ElleaNur masih tidak memberikan sebarang respon. Wanita itu tidak menolak dan tidak pula menyatakan kemaafannya. Irfan masih boleh bersabar kerana dia sedar semua kesalahan berpunca dari dirinya. Irfan juga sentiasa ingat akan pesanan papa dan mamanya untuk tidak terlalu mendesak dan memaksa ElleaNur walaupun kadangkala dia terpaksa juga melupakan pesanan papanya itu. Irfan takut ElleaNur semakin jauh dari hidupnya jika keadaan ini masih berterusan. Dia tahu ElleaNur perlukan masa untuk menerimanya kembali tapi, sampai bila dia harus menunggu. Hatinya tidak tertahan lagi untuk menanggung kerinduan yang mencengkam terhadap wanita yang satu itu. Sungguh! Dia rindu dan amat mendamba kehadiran ElleaNur di sisinya setiap saat dan ketika. Atau, mungkin juga dia perlu bersetuju dengan ElleaNur, wanita itu memerlukan waktu untuk membuat keputusan, perlu  bersendirian buat sementara waktu. Biarlah, aku sanggup menunggu selama mana sekalipun, aku rela asalkan wanita yang amat aku sayangi itu bahagia. Dan jika keadaan mendesak, Irfan tahu apa yang perlu dia lakukan.


 


Posted at 05:20 pm by ElleaNur
Comments (2)  

Monday, April 18, 2005
RRH_37

Kini hampir setiap hari  wajah Irfan pasti akan terjengul di muka pintu rumahku. Setiap hari Irfan menghantar dan menjemput Danial dari taska. Danial kembali memulakan persekolahannya setelah agak lama bercuti. Pada mulanya aku membantah keras, pelbagai alasan aku berikan namun, Irfan tetap dengan keputusannya. Dia mengunakan kuasanya sebagai seorang bapa untuk menundukkan kelemahan aku. Dalam sakit hati aku terpaksa bersetuju dan menurut cadangannya itu. Keadaan kesihatan juga menghalang aku untuk bergerak cergas seperti dulu tapi aku rasa masih mampu untuk menguruskan Danial cuma Irfan yang seringkali memperkecilkan akan kemampuanku itu. Lalu, kesempatan inilah yang di ambil oleh Irfan untuk selalu datang ke rumah aku, menjaga keselamatan aku dan Danial katanya. Aku tidak membantah kerana aku tahu usahaku itu hanya sia-sia belaka. Irfan pasti akan terus mendesak dengan pelbagai alasan. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan kata-kataku. Irfan juga turut mengungkit tentang janji aku untuk tidak memisahkan Danial darinya. Lalu, dalam sakit hati, hampir setiap aku terpaksa menghadap wajah selamba Irfan. Kini, aku terjerat dengan janji yang aku cipta sendiri. Janji yang semakin mendekatkan aku dengan Irfan, satu-satunya lelaki yang telah berjaya melukakan hati dan mendera emosiku.

 

“Irfan, tengah hari nanti you tak payah jemput Danial ok” kataku sewaktu memakaikan kasut sekolah Danial.

“Kenapa?”

“Ada kenduri di rumah parents kawan I petang nanti. So, I jemput Danial dan terus pergi”

“Rumah siapa? Dekat mana? Pukul berapa?” Laju Irfan bertanya. Perlukah aku memberitahu Irfan.

“Parents Arman, lepas asar” beritahuku perlahan. Tidak berani untuk memandang wajah Irfan saat itu.

“I ikut” Kata Irfan mendatar.

“Tak mengapalah, I boleh pergi berdua dengan Danial saja. Lagipun you kan kerja”

“I ikut! You tunggu, I datang ambil you lepas I jemput Danial petang nanti” Agak tegas Irfan bersuara. Aku menjeling tajam, tidak senang dengan sikap diktaktor Irfan saat itu.

 

“Jom Danial, kita pergi sekarang” Irfan mencapai tangan Danial.

“Kejap pa” Danial menarik tangannya dari pegangan Irfan. Danial pantas menyalami tangan dan mencium kedua pipiku, satu-satunya rutin harian yang jarang sekali dilupakan Danial. Seketika anak kecil itu memandang ke arah Irfan yang leka memerhati gelagat kami berdua. Sekilas pula wajah Danial menoleh ke arah wajahku di muka pintu.

“Papa tak cium mama?” Ada senyuman nakal dibibir kecil Danial. Irfan menggangguk kecil, tersenyum seraya menghampiriku. Kami berpandangan sebelum Irfan bertindak mencium lembut dahiku, lama! Aku terpana sebelum bertindak menolak jauh badan Irfan. Irfan mengenyit mata nakal. Wajahku mencuka merah. Gatal! Getus hatiku geram.

“Bye-bye, Danial sayang” ucapku pada Danial sebelum berlalu ke dalam, menutup pintu dan menyandar lemah di belakangnya. Mungkinkah Irfan sengaja menggunakan Danial untuk kembali kepadaku? Tidak pernah anak kecil itu meminta papanya itu menciumiku. Seakan ada pakatan di antara mereka berdua.

 

Lewat petang Irfan muncul bersama-sama Danial. Aku telah pun siap dengan sepasang kurung biru firus, hampir senada dengan baju yang dikenakan Irfan saat itu. Kami bertolak setelah aku selesai menukarkan pakaian Danial. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumah ibubapa Arman di Rawang. Hanya Irfan dan Danial yang rancak bercerita. Sesekali aku tersenyum kecil mendengar telatah nakal Danial yang mencuit hati. Irfan yang memandu di sebelah beberapakali cuba menarik perhatianku dengan pelbagai cerita. Semuanya hanya bagaikan angin lalu di telingaku. Ada keluhan di bibir itu dengan kebisuanku. Aku lebih banyak membuang pandang ke luar tingkap kereta, menikmati panorama bandar Kuala Lumpur. Danial di tempat duduk belakang leka memasang permainan yang dibeli papanya, hampir bertamburan bahagian-bahagian kecil permainan itu di lantai kereta. Seketika terasa tangan kiri Irfan mencapai tangan kananku dan di genggam erat. Aku cuba menarik tapi genggaman Irfan begitu kuat. Aku menjeling geram tapi lelaki itu selamba memandang ke depan, berpura-pura menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya.

 

“Irfan! Lepaskan tangan I lah!” kataku perlahan bernada geram.

“kalau I tak lepaskan you nak buat apa?” balas Irfan tanpa menoleh ke arah ElleaNur.

“I terjun dari kereta ni nanti!” ugutku geram. Irfan menjeling dengan senyuman sinis.

“Tak takut mati? Tak sayang abang? Tak ingat Danial? Hmmm?” Balas Irfan seraya menguatkan cengkaman tangannya. Sungguh! Irfan geram dengan kedinginan dan kebisuan wanita disebelahnya itu. Suara ElleaNur kini bagaikan sebutir emas.

“Irfan lepaskan tangan I! Sakitlah!” Irfan langsung tidak menghiraukan rintihanku. Mataku mula terasa pedih, bukan kerana sakit tapi geram kerana tidak dapat melepaskan kemarahan terhadap lelaki itu. Kalau tidak mengenangkan yang Danial ada bersama, sudah lama aku menjerit marah kepada Irfan. Irfan memang melampau. Lelaki itu memang bijak mengambil kesempatan. Dengan selamba Irfan membawa jemariku ke bibirnya dan di cium lama.

“Maafkan abang sayang, maafkan abang” Irfan bersuara perlahan seraya melepaskan tanganku. Ada maksud yang tersirat di sebalik permintaan maaf lelaki itu. Irfan masih lagi berusaha untuk meminta kemaafan dariku. Irfan pasti akan terus memburu kemaafan darinya, ElleaNur pasti akan hal yang satu itu. Keadaan kembali sunyi sehinggalah kereta Irfan berhenti di depan perkarangan rumah keluarga Arman.

 

Kedatangan aku sekeluarga disambut riang oleh kedua ibu bapa Arman, Uncle Rahman dan Auntie Marlisa. Tidak ketinggalan dua orang adik kembar Arman, Aiman dan Aireena. Agak ramai juga tetamu yang di undang pada petang itu. Selepas bersalaman, aku meninggalkan Irfan dan Danial diruang tamu bersama-sama Arman dan tetamu lelaki yang lain. Aku menuju ke ruangan dapur untuk membantu kaum perempuan menyiapkan hidangan. Auntie Marlisa tidak habis-habis menceritakan pada tetamu-tetamu di dapur akan perihal aku yang mereka bentuk pelan dan menghias rumah barunya itu. Wajahku beberapa kali merona merah, malu dan segan kerana dipuji berlebihan begitu. Mujur Irfan tiada ketika itu. Jika tidak pasti aku bertambah tidak selesa. Walaupun lelaki itu tidak lagi menunjukkan sikap cemburunya pada Arman tetapi, aku tetap berasa kurang enak kerana aku pasti sedikit sebanyak hati Irfan pasti akan tetap cemburu. Kami pulang sekitar pukul 6pm, seusai majlis kesyukuran itu.

 

“ElleaNur, mesti you seronokkan tadi?” aku hanya menjungkit kening memandang ke arah Irfan. Pelik dengan pertanyaannya itu.

“Yalah, tadi bapa dan adik-adik Arman tak henti-henti puji you. Mak Arman pun sama. Habis di canangkan nama you kat tetamu diorang. Lepas ni mesti you glamorkan, Nur?” Irfan tersenyum pahit. Sedikitpun aku tidak memberikan sebarang reaksi mendengar komen Irfan itu. Namun, hatiku dicuit rasa gelihati apabila Irfan menyebut namaku ‘Nur’. Janggal rasanya sebutan itu di bibir Irfan. Aku menahan diri daripada ketawa lalu segera membuang pandang kesisi.

 

“ElleaNur, you ok kali ni?” Tiba-tiba Irfan bersuara setelah agak lama menyepi. Aku mengerut dahi tanda tidak faham dengan pertanyaannya itu.

“Oh, I meant, our second baby, dia meragam tak?”

“Ermm, sometimes” Jawabku pendek. Nampaknya satu dari persoalan yang membelenggu fikiranku terjawab sudah.

“Harap-harap kali ni baby girl ya. Dania Insyirah” tutur Irfan seakan berbisik  namun, masih kedengaran di telingaku. Hatiku tersentuh, Irfan masih ingat lagi nama yang dipilihnya untuk bakal anak perempuan kami sedikit waktu dulu.

 

Sebenarnya ElleaNur tahu niat Irfan saat itu. Lelaki itu sebenarnya ingin mengetahui keadaan dirinya. Mungkin Irfan berfikir yang dia pasti akan mengalami alahan yang teruk sebagaimana kandungan pertamanya dulu. Tidak dinafikan, memang dia mengalami alahan tetapi tidaklah seteruk sewaktu mengandungkan Danial. Setakat ini dia masih larat melakukan kerja-kerja rumah kecuali satu tugas yang dia langsung tidak dapat lakukan dari kehamilan pertama lagi, memasak. Kepalanya pening, tekaknya loya mencium apa jua bauan yang datang dari dapur. Sudahnya, hampir setiap hari dia dan Danial akan menikmati makanan yang di beli di luar. Mujur juga Danial bukan jenis yang memilih makanan.

 

“Ok, kita dah sampai. Danial, jaga mama untuk papa tau” pesan Irfan kepada heronya itu. Irfan memandu pulang sejurus menghantar aku dan Danial di depan blok apartmentku kerana sebentar nanti dia mempunyai temujanji dengan rakan niaganya dari Jepun.

Posted at 05:55 pm by ElleaNur
Make a comment  

Friday, April 15, 2005
RRH_36

"Irfan! Apa you buat dekat sini? Mana you tahu I ada kat rumah ni???” Segera aku menjerit geram ke arah lelaki yang tercegat di dalam bilik utama apartmentku. Wajahku segera memercikkan warnanya, bengang dengan kehadiran lelaki itu. Memandang wajah itu saat ini mengundang pedih di hati . Hati terasa beralun hebat, amat sukar mentafsirkan perasaannya saat itu. Sakit hati, benci, rindu, pedih, kasih, sayang, cinta kepada lelaki yang satu itu seakan-akan bertempuran di dalam dada, sungguh menyesakkan.

 

Sungguh! Seketika tadi aku terkejut, jantungku hampir gugur sebaik saja membuka pintu bilik tidurku. Sukar untuk di tafsirkan apa yang ada di hatinya sebaik terpandang wajah lelaki yang telah banyak menyakitkan hatinya di penjuru balkoni bilik. Irfan berpaling, berlagak selamba dengan seulas senyuman di bibir. Tenang lelaki itu memandang kearah wajahku, sedikit pun tiada riak orang yang bersalah. Seketika fikiranku sempat berfikir dari mana Irfan mendapat tahu yang aku akan pulang ke rumah ini. ElleaNur tahu yang Irfan juga mempunyai kunci pendua apartment ini dan dia boleh berada di sini bila-bila masa yang disukainya. Tapi, bagaimana lelaki itu tahu yang dia akan pulang ke KL hari ini. Mungkinkah ini semuanya angkara Alia. Ah! Temannya itu terlalu mengambil berat akan hubungannya dengan Irfan.

 

“Abang tunggu sayang dan Danial” Selamba Irfan memberi alasan.

“ElleaNur, maafkan abang sayang” sambung Irfan lagi seraya melangkah menghampiriku.

“Apa sayang-sayang! You tak sayangkan I! So, perlu apa menunggu I! Buat apa nak meminta maaf dari I!” Tingkahku kuat, tangan Irfan segera aku tepis kasar.

“Tak semudah itu untuk I memaafkan you Irfan!” Hatiku masih berbekas dengan segala tuduhan lelaki itu. Bukan mudah bagiku untuk melupakan setiap tuduhan dan hinaan yang Irfan lemparkan padaku. Irfan memandangku dengan rupa kesal. Wajah yang muram itu ketara tidak terurus. Jambangnya tumbuh meliar. Sengsarakah Irfan dengan perpisahan yang baru sementara ini?

 

“ElleaNur sayang, please…maafkan abang, maafkan abang sayang” Irfan berbisik perlahan, hampir di telingaku. Seketika kemudian dia memeluk badanku erat. Namun, aku masih lagi membatukan diri, terpana dengan tindakan lelaki itu, tidak terasa untuk membalas pelukannya. Betul-betul menyesalkah Irfan saat ini? Sungguh! Hatinya berbelah bagi. Perlukah dia memberi kemaafan kepada lelaki yang telah banyak melukakan hatinya itu. Wajahnya segera di paling dari terus memandang wajah yang mula gundah itu. Takut hatinya akan cair dengan pujukan Irfan.

“Irfan, please… berikan I masa untuk memikirkannya” tuturku lalu segera merungkaikan pelukan erat Irfan. Hanya alasan itu yang aku kira sesuai untuk Irfan saat ini. ElleaNur tahu dia tidak boleh berkasar dengan Irfan saat ini. Lelaki itu pasti akan  mendesak dan terus mendesak. Kalau tidak kena cara pasti ElleaNur juga yang akan menjadi mangsanya. Dia sudah masak dengan perangai Irfan yang suka memaksa dan memberontak itu. Semua kehendaknya harus dipenuhi. Perintahnya perlu di ikuti. ElleaNur mengeluh perlahan, beg pakaian di lantai segera di letakkan di atas katil.

 

“ElleaNur!” Panggilan Irfan tidak aku hiraukan. Segera aku berlalu keluar meninggalkan lelaki itu termagu-magu di dalam bilik itu sendirian. Sekilas aku memandang Danial yang sedang berbaring santai menonton TV di ruang tamu, keletihan menempuh perjalanan yang jauh barangkali. Anak itu pasti tidak menyedari kehadiran papanya di rumah itu. ElleaNur yakin sesaat lagi wajah kecil itu pasti akan bertukar ceria.

 

“Papa……!” tiba-tiba kedengaran suara Danial dari ruang tamu. Anak itu melonjak girang.

 

Aku leka mengintai kedua beranak itu dari ruangan dapur yang agak terlindung. Kelihatan Irfan sedang mendukung Danial. Bertalu-talu ciuman Irfan hinggap di pipi dan kepala Danial. Danial pula tidak berhenti-henti ketawa. Seketika hatiku tersentuh melihat adegan itu. Gembiranya Danial! Sungguh! Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang terpancar dari sebalik wajah mulus anak kecil itu. Tapi bagaimana dengan aku? Gembirakah aku dengan kehadiran Irfan? Bahagiakah aku saat ini? Tapi, kenapa hatiku seakan hambar, beku? Sudah tidak berperasaankah aku terhadap lelaki yang satu itu? Kemana hilangnya rasa rindu, kasih dan sayangku terhadap Irfan selama ini? Mungkinkah sudah di bawa arus kekecewaan lalu?

 

“Danial pergi mana sayang? Kenapa tinggalkan papa?” Irfan bertanya kepada Danial tetapi matanya memandang ke arahku di sudut dapur.

“Rumah auntie Alia kat JB. Best papa, kat sana ada Maisarra and Aisyah. Uncle Riezal and auntie Alia pun baik papa” petah Danial bercerita kepada Irfan yang masih lagi menumpukan matanya kearahku. Aku buat-buat tidak nampak. Sengaja memaparkan muka selamba bagai orang yang tiada perasaan.

“Oh…” hanya itu yang kedengaran dari mulut Irfan. Irfan meraup mukanya sebelum menumpukan perhatian kepada Danial di depannya. Aku mengambil kesempatan untuk membawa diri ke dalam bilik memandangkan kedua-dua beranak itu sedang leka di ruang tamu. Biarlah Danial bermesra dengan Irfan sepuas-puas hatinya hari ini. Sudah agak lama anak itu tidak berjumpa dengan papanya itu.

 

“Mama, mama, mama bangunlah ma…” panggilan halus Danial di cuping telingaku mengejutkan aku dari lena. Aku membuka mata dan menoleh sekilas kearah jam di sudut bilik. Agak lama aku tertidur, selepas asar hingga hampir memasuki waktu isyak. Ada sedikit kesal di hati kerana hampir tertinggal waktu maghrib. Sampainya hati Irfan tidak mengejutkan aku. Lama memandu menjadikan badan aku letih sekali. Usia kandunganku yang hampir mencecah 3 bulan mengundang keletihan yang berganda.

“Ermm, ada apa sayang?” Tanyaku sambil cuba bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Terpancar sinar kegembiraan di wajah Danial.

“Papa kata dia dah nak balik”

“Ok, cakap kat papa thanks” Segera Danial berlari keluar mendapatkan papanya. Tapi, seketika kemudian dia masuk kembali menemuiku.

“Mama, papa tanya thanks for what?”

“Thanks sebab jagakan Danial untuk mama” Sekejapan Danial hilang dari biliknya dan kembali lagi untuk sekian kalinya.

“Mama, papa ajak mama makan kat luar” Ingin memujuk aku lagikah Irfan?

“Cakap kat papa mama tak ada selera nak makan. Kalau papa nak bawa Danial pergilah, mama izinkan” ujarku dengan seulas senyuman. Bukan niat untuk menolak perlawaan Irfan tapi, memang kebetulan aku tiada selera untuk makan semenjak beberapa hari kebelakangan ini. Kini, segelas susu sudah cukup mengenyangkan perutku yang mula menampakkan bentuknya ini.

 

Selepas Irfan dan Danial pergi barulah aku bingkas bangun, mandi, solat dan keluar ke ruang tamu. Ruang tamu itu kelihatan sudah berkemas, Mungkin Irfan yang mengemasnya sebentar tadi. Sementara menunggu kepulangan kedua beranak itu aku leka menonton TV sambil-sambil membaca majalah. Sekali-sekala fikiranku tidak terlepas dari memikirkan jalan penyelesaian yang seharusnya aku ambil. Berkira-kira sama ada mahu menerima Irfan kembali atau tidak. Sungguh! Hati dan fikirannya tidak dapat membuat sebarang keputusan saat ini. ElleaNur keliru. Dia memerlukan waktu yang lebih panjang untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik buat  dirinya, Irfan dan juga Danial. Tidak mudah baginya untuk menerima Irfan setelah apa yang terjadi di antara mereka. Walaupun luka dihatinya hampir pulih, namun bekasnya masih ada. Sekitar pukul 10pm barulah Irfan dan Danial pulang. Sedikitpun aku tidak memperlawa Irfan untuk masuk ke rumah ketika aku mengambil Danial yang ketiduran di bahunya. Segera Danial aku cempung masuk ke dalam bilikku dan kembali ke luar untuk menutup kembali pintu rumah yang masih belum berkunci. Irfan masih lagi tercegat di luar pintu. Ada sesuatu di tangannya saat itu.

 

“ElleaNur, abang ada belikan bubur nasi, makan ya sayang” Huluran plastik dari tangan Irfan segera aku ambil. Tidak terasa untuk menolak pemberiannya itu.

“Terima kasih. Tapi, lain kali you tak payah susah-susahkan diri. Good night” ucapku seraya menutup pintu. Tersingguhkah Irfan? Ah! Perlukah aku memikirkan tentang perasaan lelaki itu lagi setelah apa yang telah terjadi? Satu keluhan berat dilepaskan. ElleaNur berlalu kedapur untuk mengisi perut yang mula teruja dengan semerbak bau bubur dari dalam bungkusan di tangannya.


Posted at 01:37 pm by ElleaNur
Make a comment  

Thursday, April 14, 2005
Andaikan kau datang lagi...

::Andaikan Kau Datang-Ruth Sahanaya::

 

Terlalu indah dilupakan

Terlalu sedih dikenangkan

Setelah aku jauh berjalan

Dan aku kau tinggalkan

 

Betapa hatiku bersedih

Mengenang kasih dan sayangmu

Setulus pesanmu padaku

Kau kan menunggu

 

Andaikan kau datang kembali

Jawaban mana yang kan ku beri

Adakah jalan yang kau temui

Untuk kita kembali lagi

 

Bersinarlah bulan purnama

Seindah serta tulus cintanya

Bersinarlah terus sampai nanti

Lagu ini ku akhiri


Posted at 02:11 pm by ElleaNur
Make a comment  

RRH_35

Sudah hampir 2 minggu ElleaNur membawa diri dari hidup Irfan. Bukan niatnya untuk melarikan diri dari Irfan tapi, dia memerlukan ketenangan buat seketika sebelum menghadapi Irfan. Dia memerlukan sedikit kekuatan, kekuatan untuk menghadapi kemungkinan kemusnahan ikatan sucinya dengan Irfan. Dia tidak pergi jauh, cuma membawa diri ke rumah Alia di Johor Bahru. Dia tahu, saat ini Irfan pasti sedang mencarinya. Irfan pasti pergi ke rumah Alia di Ukay Perdana. Irfan tidak tahu bahawa Alia sudah lama berpindah ke Johor Bahru, mengikut Riezal yang bertukar ke bandar itu. Sudah terlalu banyak pesanan yang di terima dari Irfan, Irfan meminta kemaafan, Irfan ingin aku kembali kepadanya, Irfan yang rindu dengan aku dan Danial, Irfan juga meminta aku menghubunginya. Semuanya aku biarkan memenuhi peti simpanan suara dan sms. Irfan tidak perlu bimbang, aku tidak akan sesekali melarikan Danial darinya kerana sampai masanya apabila perasaan aku reda, aku sendiri akan menghubungi Irfan.

 

“Mama, bila nak balik rumah kita?” sudah banyak kali pertanyaan itu menyapa telingaku setiap kali Danial terjaga dari tidur di waktu pagi. Anak kecil itu tidak mengerti masalah yang melanda mama dan papanya. Aku sedar, aku tidak boleh selamanya berada di rumah Alia, aku perlu kembali ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah di antara aku dan Irfan.

“Esok kita balik ya sayang” jawapan aku mengundang senyuman di wajah comel itu.

“Ye..ye.. esok kita balik, Danial nak jumpa papa!” Danial menjerit girang. Mungkin dia rindu dengan Irfan.

“Tapi kita tak balik rumah kat Subang tau”

 

Tidak sanggup rasanya untuk aku memijakkan kaki lagi kerumah itu buat masa ini. Aku sudah membuat keputusan untuk tinggal di apartmentku yang di hadiahkan oleh papa dan mamaku di Bukit Jalil. Mungkin itu tempat yang paling sesuai untuk aku menjauhkan diri dari Irfan. Lagipun sudah lama rumah itu tidak berpenghuni lantaran penyewanya berbangsa Pakistan telah kembali ke negaranya. Aku tidak perlu bimbang kerana segalanya lengkap di rumah itu. Duit simpananku juga cukup untuk aku menampung hidup aku dan Danial sehingga beberapa bulan selepas bersalin nanti. Selepas itu baru aku berkira-kira untuk bekerja semula.

 

Kehamilan aku kali ini tidak banyak ragam, mungkin bayiku ini mengerti penderitaan yang mamanya alami. Malah, pada mulanya aku tidak menyedari akan kehadirannya, sibuk memikirkan masalah aku dan Irfan barangkali sehinggalah hari sebelum berlakunya pertengkaran di antara aku dan Irfan yang membawa aku kemari. Gembirakah Irfan mendengar berita kehamilanku ini? Atau mungkinkah dia turut mengesyaki kehadiran zuriat ini sebagaimana dia mencurigai kesetiaanku? Sungguh! Aku takut memikirkan apa yang ada difikiran Irfan saat ini. Perlukah aku kembali ke pangkuan Irfan setelah segala penghinaan dan tuduhan yang Irfan lemparkan? Kini, hanya Danial tempat aku mencurahkan kasih sayangku, memeluk Danial seakan dapat melepaskan rinduku yang bersarang terhadap Irfan. Aku sedar masih ada rindu yang bertandang di hati aku untuk lelaki itu walau sehebat manapun aku di sakiti. Walau hatiku berdarah dengan tuduhannya, Eizairil Irfan tetap bersemadi di hati ini. Nama itu bagaikan sudah sebati di segenap penjuru hati, di dalam setiap degup jantung dan nadiku.

 

Aku tidak akan sesekali menyembunyikan kehadiran zuriat ini dari pengetahuan Irfan. Irfan berhak tahu kerana aku tidak mahu kelahiran anak ini mengundang cercaan dan caci-maki dari masyarakat. Aku lebih rela menerima kata nista dari Irfan. Semuanya sudah aku terangkan di dalam surat yang aku tinggalkan untuk Irfan tempoh hari. Terserah kepada Irfan untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Jika permintaanku dipersetujui oleh Irfan maka, aku akan menjadi isterinya sepanjang tempoh kehamilanku ini walaupun kami tidak akan tinggal bersama. Buat masa ini biarlah aku hidup bersama-sama Danial. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan yang terjadi ini. Jika masih ada jodoh di antara kami pada masa akan datang aku terima dengan redha. Kini, hanya kebahagiaan Danial dan anak yang bakal lahir yang menjadi keutamaanku. Aku tidak mahu Danial hidup di dalam dunia penuh kedukaan kerana dia masih kecil untuk menghadapi itu semua. Aku tidak akan sesekali memisahkan Danial dan Irfan kerana mereka berdua sangat rapat. Segalanya sanggup aku lakukan demi kebahagiaan orang-orang yang aku sayangi. Bahagia hidupku biarlah masa yang menentukan kerana aku sudah pernah mengecapinya sedikit waktu dulu.

 

“Pandu baik-baik tau” aku hanya mengangguk kecil mendengar pesanan dari Alia, satu-satunya sahabatku yang setia menemani aku dikala susah dan senang. Segalanya telah aku luahkan pada Alia. Hanya wanita itu yang  memahami sekeping hati milik seorang perempuan bernama ElleaNur Eizurra.

“Ingat nasihat yang aku cakap semalam. Jangan buat keputusan melulu, ingat di antara kau dan Irfan masih ada Danial”

“Mana mungkin aku melupakan permata hatiku yang satu itu, Alia. Hanya dia yang aku ada sekarang ni. Hanya kebahagiaan hidupnya yang aku pentingkan” Ucapku seraya mendakap Alia erat.

“Ermm, aku faham perasaan kau Ellea, aku harap kau akan terus tabah dengan dugaan ini. Tapi, kau juga perlu fikirkan tentang kebahagiaan hidupmu Ellea. Atau kau nak aku sendiri berjumpa dengan Irfan. Bagaimana?” Aku menolak pantas cadangan Alia itu. Biarlah aku sendiri yang menyelesaikan masalah di antara aku dan Irfan. Kesudian Alia mendengar luahan hatiku dan menumpangkan aku dan Danial dirumahnya sudah aku kira satu pengorbanan yang cukup besar sebagai seorang teman.


“Terima kasih atas segalanya Alia. Hanya kau teman aku di dunia dan akhirat” ucapku dengan air mata yang mula memenuhi kolam mata.

“ElleaNur…. Janganlah menangis lagi. Berat hati aku nak lepaskan kau balik ni. Janji dengan aku Ellea, kau perlu kuat, tabah menghadapi segala kemungkinan tau. Telepon aku kalau kau perlukan apa-apa bantuan. Lagi satu, tu baby dalam perut tu jangan dilupakan pulak!” Alia mengesat air mata yang mula berjuraian jatuh dari mataku. Sungguh! Tersentuh aku dengan keperihatinan Alia saat itu.

“Aku ok ajerlah Alia. Kau tu aje yang lelebih sedihnya dari aku. I’m a strong woman, right?” usikku dengan gelak kecil , gelak sekadar untuk mengurangkan kebimbangan Alia dan juga rasa sedih yang mula bertamu di hatiku.

“Danial, mari, kita dah nak balik ni. Salam auntie Alia cepat” arahku bila melihat Danial yang sedang asyik bermain dengan Aisyah dan Maisarra di halaman rumah Alia. Anak kecil itu riang sepanjang masa. Lagi-lagi ada anak-anak Alia yang berdua itu. Alangkah seronoknya menjadi seorang kanak-kanak, ceria tanpa sebarang masalah.

 

Walaupun berat hati, aku gagahkan juga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku perlu segera menyelesaikan masalah aku dan Irfan. Tempoh waktu 2 minggu di Rumah Alia cukup untuk aku mengumpul sedikit kekuatan untuk menghadapi Irfan. Hatiku kini kembali tenang, fikiran aku juga sedikit lapang. Segalanya akan aku hadapi dengan tenang dan tabah. Keceriaan yang terpancar di wajah kecil Danial turut mengundang rasa bahagia di hatiku. Anak kecil itu tidak mengerti sama sekali kemelut yang melanda kedua mama dan papanya.

 

“Danial…duduk diam-diam! mama tengah drive ni kan!” tegurku kearah Danial yang ingin beralih ke tempat duduk belakang. Geram aku melihat dia dari tadi asyik beralih tempat.

“Danial sayang, merajuk kat mana ya?” Sekilas aku menjeling Danial di sebelah yang membungkamkan diri dari tadi. Aku tersenyum gelihati melihat muka Danial yang kelihatan merah. Mungkin dia cuba menahan diri dari menangis.

“Nanti sampai rumah Danial nak cakap kat papa. Biar papa marah mama pulak” tutur bibir mungil itu tanpa sedikit pun memandang ke arahku.

“Ermm..iyerlah tu. Sikit-sikit ngadu kat papa, sikit-sikit papa. Danial tak sayang mama eh?” sengaja aku mengusik Danial terus. Danial menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mencebik bibir.

“Ok, kalau macam tu sampai KL nanti Danial tinggal dengan papa kat rumah Subang. Mama tinggal sorang-sorang kat rumah Bukit Jalil, boleh?” Spontan aku mengeluarkan cadangan, cadangan yang menguji fikiran anak kecil itu barangkali.

“Tak nak! Tak nak!!!” Danial menjerit seraya menghentakkan kakinya. Sekali lagi wajah kecil itu bertukar merah. Anak dengan papa sama saja, getus hatiku geram.

“Habis tu? Danial kan tak sayang mama. So, Danial tinggallah dengan papa”

“Tak nak! Danial nak tinggal dengan papa, dengan mama” aku hanya mengeluh perlahan mendengar jawapan Danial. Akan tergugatkah keputusanku untuk menetap berasingan dengan Irfan? Ah! Anak kecil ini memang tidak dan akan pernah mengerti hati dan perasaanku saat ini.

“Ok, tapi buat sementara ni kita tinggal dekat rumah Bukit Jalil. Nanti kita balik rumah Subang pulak, boleh?” Tuturku cuba berkompromi. Alasan yang sengaja aku cipta hanya sekadar meredakan hati Danial. Walau anak itu menangis saat ini sekalipun, aku tetap akan memandu terus ke apartmentku di Bukit Jalil. Biarlah, aku sanggup menghadapi kerenah Danial daripada menghadap wajah Irfan. Semoga selepas ini anak kecil itu akan beransur memahami masalah yang melanda kedua mama dan papanya.

“Papa pun tinggal kat rumah Bukit Jalil ke mama?”

“Tak, papa kat Subang. Nanti bila papa tak kerja Danial bolehlah jumpa papa ya sayang”  Danial di sebelah hanya mengangguk kecil. Sebelah tanganku mengusap kepala Danial perlahan.

“Ermm, macam ni lah anak mama” Danial anak yang bijak, walau dia suka memberontak, tapi kadangkala dia senang sekali menurut kata. Aku meneruskan pemanduan manakala Danial di sebelah sedang enak melayan mimpi.


Posted at 02:07 pm by ElleaNur
Make a comment  

Wednesday, April 13, 2005
RRH_34

“Hello, assalamualaikum papa, papa apa khabar?” tutur Irfan sebaik panggilannya di jawab oleh bapa mertuanya. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan bapa mertuanya itu, semenjak dia melancarkan perang dingin dengan ElleaNur, dia tidak lagi pulang ke rumah mertuanya itu. Hanya ElleaNur dan Danial yang akan menjengah mereka di hujung minggu.

“Alhamdulillah, papa sihat. Kamu bagaimana? ElleaNur dan Danial sihat-sihat saja kan?” jawapan dan pertanyaan dari bapa mertuanya itu menyedarkan Irfan yang ElleaNur dan Danial tidak berada di sana.

“Irfan macam biasa saja pa, ElleaNur dan Danial juga sihat”  Nampaknya aku sudah pandai menipu, getus Irfan kesal. Tapi, dia mempunyai alasan untuk berbuat demikian, dia tidak mahu mertuanya itu risau akan keadaan ElleaNur jika dia tahu cerita yang sebenar. ElleaNur sangat rapat dan manja dengan papanya, sudah tentu mertuanya itu akan memarahinya jika sesuatu yang buruk melanda ElleaNur. Bukan dia takut akan kemarahan bapa mertuanya itu tapi, dia berasa segan dan malu akan segala yang telah dia lakukan pada ElleaNur.

“Oklah papa, Irfan saja telepon nak tanya khabar papa, sampaikan salam Irfan pada mama ya” tutur Irfan menamatkan panggilan. Seketika kemudian, dia duduk termenung di balkoni, memikirkan kemana ElleaNur membawa diri. Dia kerumah Alia di Ukay Perdana tetapi sudah tidak berpenghuni. Puas dia bertanya kepada orang-orang yang rapat dengan isterinya itu namun, hampa. Handphone ElleaNur juga gagal dihubungi. Sungguh! Dia buntu memikirkan cara untuk mencari ElleaNur dan Danial.

 

Sudah 2 hari Irfan tidak pergi ke pejabat. Menurut Rina, sudah 2 hari juga ElleaNur tidak datang kerja. Hari ini dia gagahkan juga langkahnya untuk menjenguk pejabat, mana tahu kalau-kalau ada berita mengenai ElleaNur. Sebaik tiba di biliknya, Irfan terpandangkan satu surat, terletak kemas di penjuru mejanya. Dia hanya mampu mengeluh berat apabila mendapati itu adalah surat perletakkan jawatan dari ElleaNur. Dia sudah menjangkakah hal yang satu itu. Mana mungkin ElleaNur akan terus berada di sini setelah apa yang aku lakukan padanya. Sedikit masa lagi pasti berita ini akan menjadi antara yang terhangat di Sinar Jaya. Pasti papa juga akan mengamuk dan tidak ketinggalan mama aku yang sangat sayang kepada menantunya yang satu itu. Tapi, pasti ada salah seorang di pejabat ini yang tahu dimana ElleaNur berada, mungkinkah Rina? Irfan berteka-teki sendiri.

 

“Rina, you tahu kenapa Eizurra tak datang kerja” soalan Irfan mengundang reaksi pelik di mata Rina. Hai..takkan isteri sendiri tak tau kot! Ini mesti ada krisis, getus Rina dalam hati. Sudah agak lama dia dapati tiada kemesraan di antara pasangan itu. Seakan ada perang dingin di antara Irfan dan Eizurra.

“Ermm tak tahu pulak saya En. Irfan. Your wife En. Irfan, takkan tanya saya pulak” sindir Rina sambil menjungkit bahu.

“Betul awak tak tahu ni? Habis tu siapa yang letak surat dari Eizurra atas meja saya?” tanya Irfan menduga Rina.

“Memang saya tak tahu. Tapi kalau pasal surat tu memang saya yang letak kat atas meja En. Irfan, itupun Eizurra yang telepon kelmarin suruh ambil dari biliknya dan beri pada En. Irfan” terang Rina panjang. Ada sinar kejujuran di dalam mata itu. Irfan mengeluh lemah lantas berlalu ke bilik pejabat ElleaNur. Nampaknya ElleaNur seakan sudah menjangkakan apa yang bakal terjadi dan bersedia untuk pergi meninggalkan aku.

 

Berada di dalam pejabat ElleaNur mengundang rasa kesal yang mendalam di dalam hati Irfan. Semua kenangan suka dan dukanya bersama ElleaNur bermain di layar mata, seakan menonton kisah sedih yang meruntun perasaan. Bermula detik pertemuan pertama di antara dia dan ElleaNur, kemudian kepada saat di mana dia mula bekerja sepejabat dengan ElleaNur. Terukir sedikit senyuman di bibir Irfan bila saja terkenangkan perbuatan nakalnya yang selalu mendera ElleaNur ketika itu. Ada saja helah dia untuk menyakat ElleaNur yang ketika itu amat sukar untuk di dekati. Pertunangan di antara dia dengan ElleaNur tidak seperti orang lain tapi dirasakan penuh kemanisan, banyak kenangan yang mencuit hati di alam pertunangan kami. Kenakalan aku dan kedinginan ElleaNur ketika itu amat mengusik perasaan. Terbayang juga detik-detik bahagia kami selepas berkahwin, di saat ElleaNur mengamuk di awal kehamilan dan melayan kerenah dan telatah manjanya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah setelah kehadiran Danial. Kebahagiaan semasa berbulan madu di Venice juga menjadikan Irfan rindu pada saat bahagia dia sekeluarga. Sungguh! Semuanya itu mengundang satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan, rindu dan kekesalan yang bercampur menjadikan dada Irfan sesak sekali. ElleaNur di mana kau sayang? Abang rindu! Seketika kemudian Irfan leka menatap gambar dia dan ElleaNur  juga Danial yang terdapat di atas meja dan di beberapa sudut bilik itu. Jemarinya rancak mengusap photo ElleaNur. Seketika dia tersenyum kemudian wajahnya bertukar mendung, tersenyum dan kembali mendung, suram, sesuram hatinya saat itu. Sungguh! Tidak sanggup untuk dia terus berada di dalam bilik ElleaNur itu.

 

‘ElleaNur sayang…maafkan abang’ Irfan mengirimkan sms kepada talian handpone ElleaNur, berharap akan ada respon dari ElleaNur.

‘ElleaNur, where are you now? I miss you so much sayang’

‘ElleaNur, please turn on your handphone sayang, please…’ Sekali lagi sms di hantar kepada talian ElleaNur. Sudah banyak kali dia mendail nombor telepon ElleaNur tapi yang menjawab hanya peti simpanan suara.

 

Sungguh! Dia bimbang dengan keadaan ElleaNur dan Danial saat itu. Dia ingin segera bercakap dengan ElleaNur untuk mengetahui keadaan mereka berdua dan dimana mereka berada. Dia tahu ElleaNur pasti tidak mahu bertemu dengannya saat ini, tapi dia perlu memohon kemaafan dari wanita yang telah disakiti hatinya itu. Ingin dia diubati hati yang terluka itu. Akan dibaluti sekeping hati itu dengan cinta dan kasih sayangnya. Tidak akan sesekali dia melepaskan wanita itu pergi dari hidupnya. Kini, Irfan sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa ElleaNur Eizurra, satu-satu wanita yang dicintai sepenuh hatinya. Hidupnya hambar, hatinya sepi tanpa wajah mulus itu, wajah yang penuh ketenangan.

 

“Hah Irfan! Kenapa dengan kamu hari ni?” pertanyaan secara tiba-tiba dari papanya menyentakkan khayalan Irfan. Wajah tua papanya hanya di pandang dengan satu keluhan yang berat. Kalaulah papa tahu….

“Irfan tak berapa sihat pa”

“Eizurra pun tak sihat juga ke? Dah berapa hari papa tak nampak dia” Irfan hanya tersenyum pahit mendengar pertanyaan papanya. Perlukah dia menceritakan segala yang terjadi?

“Eizurra dah pergi tinggalkan Irfan pa” Irfan bersuara lemah, sesuram wajahnya saat itu.

“What??? Kenapa? Apa yang sudah terjadi ni Irfan? Cerita dengan papa Irfan!”  En. Harris bersuara lantang. Irfan tenang kerana dia sudah menjangkakan reaksi papanya itu.

“Semuanya salah Irfan pa. Irfan tuduh ElleaNur ada hubungan dengan Arman…”

“Ya Allah Irfan…apa yang merasuk fikiran kau ni hah!!! Irfan, kau tak sepatutnya…”

“Irfan tahu, Fan tahu pa…semuanya salah Irfan. Irfan yang kejam, bertindak mengikut perasaan…Ah! Kalaulah masa boleh diundur pa….Irfan…Irfan..” Irfan tidak dapat meneruskan bicara lantaran dirasakan dadanya mula sebak mengenangkan apa yang telah dia lakukan pada ElleaNur. En Harris datang menghampiri Irfan, cuba menenangkan hati anak bongsu kesayangannya itu.

“So, bagaimana dengan Danial, Eizurra bawa dia sekali?” Irfan hanya mengangguk lemah.

“Kau tahu dimana mereka berdua sekarang ni?” Pertanyaan dari papanya itu hanya di jawab dengan gelengan kecil.

“Irfan tak tahu nak cari mereka di mana lagi pa. Dah puas Irfan cari. Semua kawan-kawan ElleaNur Fan dah called. Rumah papa dan nenek dia pun tak ada. Tolong Irfan pa. Apa yang perlu Irfan lakukan? Irfan tak sanggup kehilangan ElleaNur pa”

 

En. Harris hanya menggeleng kesal ke arah Irfan. Anak lelakinya itu kelihatan lemah, tiada semangat langsung. Baru beberapa hari kena tinggal sudah tidak terurus begini. Nanar bagai orang yang kematian isteri. Jambang merata sana-sini. Ada senyuman kecil dibibir tuanya. Dia kadangkala pelik melihat perangai anak lelakinya yang satu ini. Irfan keras hati, degil, pemberontak, tapi dalam masa yang sama Irfan juga seorang yang  manja. Irfan selalu sangat mengikut perasaan dan darah mudanya. Bila sudah terjadi sesuatu yang buruk baru nak menyesal,  baru nak minta nasihat dan pertolongan darinya. Kalaulah mamanya tahu mesti panas telinga Irfan saat ini. Seketika, En. Harris terbayang akan wajah isterinya, Maryam. Wanita itu mesti bagaikan cacing kepanasan apabila mendapat tahu berita menantu kesayangannya itu pergi meninggalkan Irfan. Pasti mulut becoknya bertambah riuh. Irfan memang saja cari nahas!

 

“Papa rasa ada eloknya Eizurra pergi dari hidup kau buat sementara waktu. Biarkan dia redakan dulu perasaannya. Takkan kemana rajuk isteri kau tu Irfan. Cuba pujuk dia baik-baik, ubati luka dihatinya. Jangan sesekali paksa dia Irfan” En. Harris menepuk perlahan bahu Irfan dan berlalu keluar. Irfan bukan boleh dipercaya sangat. Anaknya itu pasti terus mengikut kata hatinya. Pasti akan dipaksanya si Eizurra kembali kepadanya. Dasar pemberontak!

“Tapi pa mana Fan nak cari dia?” En. Harris hanya menjungkit bahu seraya meneruskan langkah.

 

Kali ini dia tidak akan membantu Irfan. Biarlah anak lelakinya itu sendiri yang menyelesaikan masalah rumahtangganya. Dia tidak akan sesekali mencampuri urusan rumahtangga anaknya itu. Dia juga mahu Irfan menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran untuknya menghadapi hari esok. Adat berumahtangga, pasti akan ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dia yakin Irfan pasti dapat meraih kembali hati Eizurra. Kedua-dua mereka saling memerlukan, saling mencintai dan menyayangi. Pasti ada rahmat di sebalik apa yang terjadi ini.


Posted at 01:58 pm by ElleaNur
Make a comment  

Next Page

   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed





> <bgsound src=" http://www.angelfire.com/nt2/oz2002indo/femalesinger/novia-asmara.mid " loop=infinite>